Waktu Tepat Fenomena Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016 Mengikut Negeri|Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.
Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena tersebut.
Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.
Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.
Waktu Kejadian
Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.
Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan hilang sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.
Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.
Semenanjung Malaysia
Kangar 8.25 pagi (67%)
Kuah 8.25 pagi (67%)
Alor Setar 8.25 pagi (68%)
Georgetown 8.25 pagi (70%)
Ipoh 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur 8.24 pagi (79%)
Shah Alam 8.24 pagi (79%)
Putrajaya 8.24 pagi (80%)
Seremban 8.24 pagi (81%)
Melaka 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu 8.24 pagi (86%)
Kuantan 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu 8.26 pagi (68%)
Kuah 8.25 pagi (67%)
Alor Setar 8.25 pagi (68%)
Georgetown 8.25 pagi (70%)
Ipoh 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur 8.24 pagi (79%)
Shah Alam 8.24 pagi (79%)
Putrajaya 8.24 pagi (80%)
Seremban 8.24 pagi (81%)
Melaka 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu 8.24 pagi (86%)
Kuantan 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu 8.26 pagi (68%)
Sabah & Sarawak
Kuching 8.29 pagi (87%)
Sibu 8.31 pagi (85%)
Bintulu 8.33 pagi (82%)
Miri 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu 8.40 pagi (73%)
Sandakan 8.42 pagi (75%)
Tawau 8.41 pagi (81%)
Kuching 8.29 pagi (87%)
Sibu 8.31 pagi (85%)
Bintulu 8.33 pagi (82%)
Miri 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu 8.40 pagi (73%)
Sandakan 8.42 pagi (75%)
Tawau 8.41 pagi (81%)
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.
Jika anda terlepas peluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini, anda perlu menunggu hingga 26 Disember 2019. Pada tarikh tersebut, sebahagian kecil di selatan Sememanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin, manakala kawasan lain di Malaysia dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa.
Sumber: penhijaudaun
No comments:
Post a Comment