Tuesday 8 March 2016

7 TIPS BERGUNA UNTUK LELAKI PENDEK BAGI NAMPAK TINGGI



1. Gunakan skema warna monochrome

(*)Menggayakan pakaian dengan skema warna monochrome sangat membantu kaum lelaki yang pendek ini menwujudkan ilusi ketinggian daripada kebiasaannya. Elakkan memakai warna hitam secara keseluruhan kerana ia akan menampakkan anda lebih pendek. Pastikan warna yang lebih gelap berada di bahagian paling bawah dan yang cerah di bahagian atas.

2. Elakkan seluar labuh dan longgar

(*)Pemakaian seluar yang labuh serta longgar akan membuatkan seseorang itu kelihatan dua kali ganda lebih pendek daripada ketinggian asalnya. Pastikan seluar yang dipakai itu berada di garisan pinggang untuk memaksimumkan kepanjangan kaki itu. Penonjolan di bahagian kaki juga memainkan peranan yang penting serta faktor utama untuk kelihatan tinggi. Seluar slim fit atau potongan yang lebih lansing boleh menampakkan kaki lebih panjang sekali gus akan tampak lebih tinggi.

3. Jadikan blazer sebagai pakaian kegemaran

(*)Memakai blazer atau suit akan memberi dua kelebihan kepada lelaki. Pertama ia akan ‘menaikkan’ bahagian bahu sekali gus memberi kesan terbaik kepada ketinggian seseorang. Kemudian, pastikan blazer tersebut sentiasa dibutangkan. Ia akan memberi kesan lebar di bahagian dada serta lansing di bahagian pinggang.

4. Bantuan daripada si tukang jahit
(*)Tukang jahit sememangnya memainkan peranan yang penting untuk seseorang, tidak kira sama ada tinggi atau pendek. Tapi untuk kelihatan lebih tinggi, pakaian yang sesuai memerlukan nasihat daripada pakar. Pakar atau tukang jahit akan menampakkan seseorang itu tampil dengan lebih kemas. Kebiasaannya, kaum lelaki yang pendek ini menghadapi masalaha ketika mahu membeli pakaian. Ia amat sukar untuk mencari pakaian yang sesuai dan kebanyakkannya akan kelihatan labuh. Jadi dengan bantuan tukang jahit, masalah sedemikian mampu dielakkan.

5. Pastikan baju tidak melebihi bahagian pinggul

(*)Sekiranya lelaki itu pendek, kemeja yang dipakai perlulah dikemaskan serta dimasukkan ke dalam seluar supaya ia tidak kelihatan labuh. Namun, sekiranya ia direka untuk tidak dimasukkan ke dalam bahagian seluar, pastikan baju tersebut tidak melebihi tulang pinggul anda.

6. Elakkan memakai baju berlengan pendek

(*)Apa yang dipakai sedikit sebanyak akan menghasilkan ilusi optik dan baju berlengan pendek akan menampakkan lengan seseorang kelihatan pendek. Jika lengan kelihatan pendek, serba-serbi anggota badan seseorang itu turut akan terjejas. Lelaki yang pendek digalakkan untuk memakai baju berlengan panjang dan jika ia disinsingkan ke atas, ia akan memberikan lebih kesan kepada ketinggian seseorang itu.

7. Pakai aksesori yang tidak begitu menonjol

(*)Untuk tampil tinggi di mata seseorang, pastikan aksesori di bahagian bawah dada yang dipakai tidak begitu menonjol. Ia bagi memastikan orang yang memandang itu terus melihat ke bahagian atas badan. Penggunaan kasut, jam tangan serta tali pinggang yang sesuai sangat penting. Tumpuan tersebut boleh memberikan tanggapan positif kepada seseorang itu. Secara amnya, tips penting di sini adalah semakin gelap dan ringkas di bahagian bawah badan, semakin positif kesan untuk seseorang itu kelihatan lebih tinggi.


NOTA:-Semoga tips yang diberikan serta disarankan ini membantu golongan lelaki kecil molek atau pendek di luar sana untuk kembali merasakan diri mereka setaraf lelaki lain !

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post