Tidak dapat dinafikan watak Jebat dan Mas cukup digilai ramai apatah lagi jalan ceritanya bukan sahaja fokus pada percintaan atau saat indah tetapi rahsia hitam Jebat yang sedikit sebanyak hampir menggugat cinta Mas padanya.
Mendapat sambutan yang agak baik, Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan difilemkan dan menurut Sharnaaz, mereka akan mula menjalani penggambaran sekitar Malaysia dan New York tidak lama lagi.
Saya sendiri tak sangka selepas drama ini mendapat sambutan di TV, ia akan diangkat pula ke layar perak. Saya memang teruja dengan perkembangan ini. Insya-Allah penggambaran akan bermula pada Mei nanti.
Sebagai persediaan, sejak seminggu lalu saya sudah kembali ke gimnasium untuk membentuk badan. Cuma saat ini saya belum tahu jalan cerita untuk versi filem. Bagaimanapun, apabila menjalani penggambaran sampai ke New York barangkali ada sesuatu yang menarik.
Sharnaaz juga memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan semula dengan Nelydia meskipun pada satu ketika dahulu kemesraan mereka dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta mencetuskan gosip.
Saya tiada masalah berlakon dengan Nelydia. Dia antara pelakon yang berbakat. Menerusi drama Setitis Kasih Darmia pun kami pernah dinobatkan sebagai Hero dan Heroin Pilihan pada Drama Festival Kuala Lumpur 2015.
Wah, tidak sabar rasanya hendak menonton filem Bukan Kerana Aku Tak Cinta, mesti jalan ceritanya kali ini akan lebih gempak. Ada tak peminat BKATC kat sini?
sumber
No comments:
Post a Comment