“Sakitnya pinggang. Kepala pening, rasa loya dan nak muntah…
‘Miss V’ pula rasa berdenyut-denyut. Semuanya serba tak kena…! Macamana
nak hilangkan senggugut ya?”
Padanlah orang perempuan selalu
‘moody’, PMS katanya… Habis satu badan diserang sakit-sakit. Manalah tak mengamuk, kan?
Selalunya, simptom yang dialami selama ‘datang bulan’ ini akan berlanjutan sekitar 2-3 hari sejak sebelum haid atau semasa haid.
Kenapa Rasa Sakit Bila ‘Period’?
Semasa haid, kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.
Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim,
sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak
balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan
sakit.
Foto Kredit: antranik.org
Selain itu, tubuh juga mengeluarkan bahan kimia bernama prostaglandin. Bahan ini memicu otot rahim supaya terus berkontraksi.
Jika terlebih paras prostaglandin, ia mampu juga menyebabkan berlakunya loya, cirit birit, perasaan gelisah, dan sakit kepala.
8 Tips Berkesan Hilangkan Senggugut
Terdapat pelbagai cara yang sering diwar-warkan untuk hilangkan senggugut.
Ini adalah cara yang paling ringkas dan berkesan bagi kebanyakan wanita:
1. Tuaman Panas
Percaya tak? Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan
senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan
menjadi lebih relaks.
Bukan saja boleh dipakai di rumah, tetapi juga di pejabat, kelas,
atau di mana-mana. Tuamkan di sekitar perut, pinggang, atau punggung.
Legaaaa….!
Jadi, laburkan sedikit wang untuk membeli beg tuaman panas ini. Ia lazimnya boleh didapati di farmasi.
Kalau malas,ubalah buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.
2. Minum Air Suam
Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat
membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah.
Selain itu, ia juga memberi tenaga dan mampu mengelakkan anda
daripada memakan snek yang tidak berkhasiat kerana ia secara tidak
langsung memberi kesan ‘penuh’ pada perut.
Seperti tuaman, meminum air suam juga boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.
3. Aktifkan Diri
Kalau asyik berkurung dalam bilik kerana menahan sakit, kita akan
cenderung merasa emosi yang negatif. Stres ini mampu memburukkan keadaan
akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang. Ia dibuktikan
Journal of Women’s Health melalui sebuah
laman web.
Oleh itu, cubalah menyibukkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah,
mengajak suami berjalan-jalan, bermain dengan anak-anak, bersosial
dengan kawan-kawan, atau melakukan senaman ringan di taman.
Aktiviti ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh
badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan
senggugut.
4. Ambil Herba Dan Suplemen
Banyak jenis herba yang selalu disyorkan oleh petua orang lama. Memang banyak yang berkesan.
Antara yang paling popular ialah halia. Caranya, ambil segenggam
halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk
dijadikan teh.
Selain halia, anda juga boleh meminum teh hijau, air asam jawa, madu, atau jus daun betik.
Antara suplemen yang disyorkan dalam bentuk pil biasanya terdiri
daripada magnesium, vitamin D, dan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3
seperti pati ikan haruan
5. Jaga ‘Pantang’
Untuk hilangkan senggugut, ada beberapa makanan yang mampu menjadikannya lebih baik, dan begitulah juga sebaliknya:
Elakkan – makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat.
Banyakkan – Buah-buahan, sayuran, dan makanan yang berserat tinggi.
Kalau teringin memakan coklat, carilah dari sumber coklat gelap yang
kurang manis. Snek seperti buah-buahan kering dan kekacang seperti ‘cashew nut’ dan ‘almond’ juga amat sesuai kerana ia berprotein tinggi.
6. Bertukar Kepada ‘Cloth Pad’ Atau ‘Organic Pad’
Mungkinkah salah satu penyebab anda mengalami senggugut berpunca daripada tuala wanita yang digunakan?
Sesetengah wanita sebenarnya memang sensitif terhadap bahan kimia
yang terkandung dalam pemprosesan bahan seperti ini, tetapi mereka tidak
menyedarinya.
Jadi, anda bolehlah cuba bertukar kepada
‘cloth pad’ atau tuala wanita jenis kain. Kini, ia mudah didapati di kedai mahupun secara
‘online’.
Bukan saja anda dapat mengurangkan pendedahan
‘vagina’ terhadap bahan kimia, ia amat menjimatkan dan anda turut membantu menghijaukan alam!
7. Pil Penahan Sakit
Walaupun ramai yang cuba mengelak daripada mengambilnya, kesakitan
ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti
Panadol, iaitu sejenis paracetamol.
Menurut doktor, pengambilan ubat-ubatan begini tidaklah memudaratkan asalkan anda mengambilnya dengan dos yang betul.
Namun, seperkara yang perlu diingat ialah ubat seperti ini tidak berfungsi untuk merawat, tetapi hanya untuk melegakan.
7. Pil Perancang
Sebenarnya, selain digunakan untuk merancang kelahiran, pengambilan pil perancang mampu menjadikan proses ovulasi lebih teratur.
Penggunaan pil perancang bertindak hilangkan senggugut dengan mengawal paras hormon dalam badan.
Walau apa pun, dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil apa-apa ubat-ubatan berkala seperti pil perancang ini.
Senggugut Teruk Mungkin Petanda Penyakit Lain Yang Lebih Serius
Kadangkala, kesakitan atau kekejangan yang berlaku secara serius
adalah petanda bagi beberapa penyakit lain berkaitan dengan rahim.
Jadi, jangan ambil ringan kerana antara penyakit yang paling biasa
dikaitkan dengan senggugut teruk adalah endometriosis dan fibroid
(cyst).
Dapatkan kepastian doktor sekiranya anda terpaksa melalui detik-detik sukar ini sepanjang bulan.
sumber
No comments:
Post a Comment