Wednesday, 9 March 2016

Hebatnya Kuasa Pelukan! Sudahkah Anda Memeluk Anak Hari Ini?

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/02/memeluk-anak.jpg

“Ishh dah besar remaja pun masih nak berpeluk-peluk dengan mak lagi. Tak malu ke orang lain tengok Mak memeluk anak yang dah ‘tua’ ni?”

Apa nak dimalukan, lagipun dengan emak sendiri pun. Bukankah itu tanda kasih anak terhadap emak?

Walaupun Nampak Remeh, Tapi Pelukan Amat Penting Buat Anak-anak

Banyak kelebihannya apabila ibu bapa sering memeluk anak. Ia juga disokong oleh sains yang menjalankan banyak penyelidikan mengenainya.
Malah, terdapat penganjuran Hari Pelukan Kebangsaan di US setiap tahun pada 21 Januari dan ‘Global Hug Your Kids Day‘ yang jatuh pada 19 Julai.

Meskipun perbuatan memeluk itu nampak kecil tapi impaknya sangat besar. Hebatnya kuasa pelukan!


http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/02/cerai-susu-badan-1-1024x576.jpg

Ini 10 Manfaat Istimewa Memeluk Anak-anak

Ketahuilah dengan memeluk anak dapat:

1. Menguatkan Kasih Sayang

Anak akan terasa kasih sayang mengalir daripada ibu kepada dirinya. Itu sudah cukup membuatkannya gembira.

2. Meningkatkan Keyakinan Diri

Apabila anak sedang bersedih, tidak semua kata-kata nasihat serta sokongan tidak menyembuhkan diri.
Uniknya, dengan pelukan, serta-merta ia dapat memulihkan kembali rasa negatif, secara tidak langsung mengembalikan keyakinan diri mereka.

3. Menyembuhkan Hati

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/03/bayi-jatuh-katil-3-1024x536.jpg

Percaya tak, kuasa pelukan bukan saja bermanfaat untuk anak-anak, tetapi juga untuk ibu bapa.
Kadangkala, luka di jiwa memang sukar diubati. Hanya Allah sahaja yang mengetahui sakitnya.
Namun, kuasa pelukan dapat menembusi hati sehingga mampu merawat dan menenteramkan jiwa kedua-dua insan yang saling berpelukan.

4. Mengurangkan Tekanan

Secara saintifik, pelukan meningkatkan aras hormon oksitosin yang dapat menyembuhkan rasa stres atau marah.
Jadi, kalau stres janganlah pula dimarah anak-anak, sebaliknya, peluklah mereka.

5. Menguatkan Sistem Imunisasi

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/02/sick-kid.jpg

Lebih-lebih lagi anak yang tidak sihat, pelukan merangsang kelenjar tymus yang bertindak dalam penghasilan darah putih.
Kelenjar ini adalah komponen utama sistem pertahanan dalam tubuh. Maka, ia dapat memulihkan kesihatan anak dengan lebih cepat.

6. Menaikkan ‘Mood’

Pelukan yang erat dan lama meningkatkan aras hormon serotonin dalam badan yang menaikkan paras kegembiraan.
Kesannya, anak-anak akan berasa ceria, aktif, dan tidak mudah meradang.

7. Merangsang Perkembangan

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/03/bayi-cepat-bercakap-2-1024x689.jpg


Pelukan ibu merangsang perkembangan bayi dengan cepat.
Anak yang jarang dipeluk, biasanya lambat berjalan, bercakap mahupun membaca.

8. Menyihatkan Jantung

Hanya 10 saat sahaja setiap hari, pelukan ibu dapat menyihatkan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengimbangi degupan jantung.

9. Meningkatkan IQ Anak

Kehangatan pelukan ibu dapat merangsang pengaliran darah ke otak.
Anak cepat terang hati, mudah faham, fokus dalam pembelajaran dan bagus mengawal pemikiran.

10. Mengawal Emosi Negatif

Anak yang sering dipeluk biasanya tenang, tidak mudah melenting dan tidakpanas baran.

Malah, mereka kelihatan matang dan lebih bijak membuat pilihan serta bertindak rasional.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/02/memeluk-anak-1024x682.jpg

Ajaibnya Kuasa Pelukan!

Apa sahaja emosi negatif yang anda rasa seperti sedih, marah, tertekan atau apa sahaja akan hilang bersama kehangatan pelukan yang disertai kasih sayang.

Jadi, sudahkah anda memeluk anak anda hari ini?




sumber


No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post