Wednesday, 2 March 2016

Cara Dapatkan Rumah, Kereta Dan Simpanan Dalam 3 Tahun Dengan Gaji RM2000

rumah-1

Kita selalu membaca tentang teknik untuk mendapatkan beberapa buah rumah dalam tempoh tertentu dan mungkin ada di antara kita yang gagal untuk aplikasikan teknik yang sama berikutan masalah gaji.
Kali ini saya kongsikan idea yang hampir sama dengan gaji RM2000 sebulan untuk dapatkan 2 buah rumah, kereta, perlindungan Takaful dan simpanan untuk belanja kahwin dalam masa 3 tahun.
1. Lelaki Bujang
Gaji: RM2000
Makan minum: RM400
Minyak Motor: RM100
Ibu Bapa: RM200
Bayar Bilik Sewa: RM300
Lain-lain: RM100
Baki: RM900
2. Tahun Pertama
Mohon Pembiayaan ASB Islamik RM150K. Bulanan RM850. Bayar setiap bulan dan simpan dividen.
Jumlah pembiayaan: RM150K
Bayaran bulanan: RM850
Tenure: 30 tahun
Profit bank: 5.2%
3. Tahun Kedua
Bayar ASB macam biasa. Simpan dividen jangan usik. Katakan masa ini gaji dah naik RM2100.
Simpan RM100X12= RM1200 untuk kos guaman / kos sampingan beli rumah nanti.
Dalam 2 tahun ini kau belajarlah ilmu hartanah yang asas. Ilmu jadi tuan rumah misalnya serta tambah kenalan ejen hartanah dan pegawai bank.
4. Tahun Ketiga
Tamatkan ASB setelah 2 tahun dividen compounding. Tamatkan ASB, katakan 2 tahun dividen diumumkan 7.25%.
Jadi, dividen terkumpul: RM22,500 pulangan prinsipal: RM4300.
Jumlah terkumpul adalah: RM26,800.
Simpan RM26,800 dalam ASB atau pun Tabung Haji.
Tips Penting
1. Cari rumah bawah RM120K. Katakan ada rumah apartmen 3 bilik berharga RM120K dan deposit 10% diperlukan adalah RM12,000. Gunakan duit dividen ASB untuk bayar deposit.
RM26,800-RM12,000 = RM14,800
2. Sediakan perjanjian sewaan yang lengkap dan dimatikan setem di LHDN. Sewakan setiap bilik dengan harga RM300.
Kau duduk bilik paling kecil ataupun tidur ruang tamu je. Bulanan bayar dekat bank RM550. Jadi, aliran tunai positif RM900-RM550=RM350.
3. Biarkan ada transaksi RM900 masuk dalam bank kau setiap bulan selama 6 bulan sebelum memburu rumah kedua.
4. Beli lagi rumah apartmen kedua dibawah harga RM120K. Gunakan duit ASB berbaki RM14,800 tadi sebagai deposit. RM14,800-RM12,000=RM2,800
5. Sewakan ikut bilik dengan harga RM300 dan bayaran pada bank sebanyak RM550. Untung RM900-RM550=RM350.
6. Baki duit ASB masih ada lagi RM2,800.
7. Selepas 3 tahun, gaji kau sekarang sudah ada RM2300 (andaikan tiap tahun gaji naik RM100)+ RM700 (aliran tunai sewa rumah) = RM3,000!!!. Dalam 3 tahun je dah meningkat mendadak.
Jadi, untung ada dua rumah sewa ni. RM700 tiap bulan tu kau nak buat apa? Duit gaji kau duk saja tu kau nak buat apa pulak?
Antara perkara yang kau boleh buat:
i. Boleh beli kereta tempatan baru yang murah dengan ansuran di bawah RM400 setiap bulan.
ii. Kumpul duit dan beli kereta tempatan terpakai secara tunai.
iii. Beli lagi rumah selepas 6 bulan membeli rumah kedua.
iv. Mohon ASB Financing RM200K,
bayar setahun lepas tu rolling saja.
v. Mohon ASB2 Financing RM200K, bayar setahun lepas tu rolling saja.
vi. Simpan untuk belanja kahwin.
vii. Pelaburan unit amanah, beli emas tiap bulan 1 gram. Buat perlindungan takaful RM150 sebulan.
viii. Bagi ke aku kalau kau ikut idea ni. Kakakaka.
Plan B:
Boleh permohonan pembiayaan perumahan 2 rumah serentak. Jimat masa dan tenaga.
Tapi, kekuatan kewangan kau kena kuat sikit. Kalau rumah pertama tak ada penyewa, mati kau nak bayar dua buah rumah serentak.
Jadi, rancanglah dan dapatkan nasihat orang berpengalaman. Lokasi dan permintaan penyewa penting!
Kesimpulan
Nampak? Dengan ilmu hartanah + ilmu manipulasi ASB, kau tak perlu bayar pun apa kau nak buat. Orang tolong bayarkan.
Tapi, kau kena berkorban. Tangguhkan kemahuan kau setahun dua. Hidup di bawah kemampuan.
Kenapa aku suruh kau buat ASB Financing dulu? Selain mengumpul deposit rumah, kau juga melatih diri kau berdisiplin. Jika 2 tahun kau tak mampu bayar konsisten RM850 tu, lupakan angan- angan kau nak jadi kaya. Itu bermakna kau belum mampu menguruskan kewangan kau lagi.
Pembiayaan ASB Islamik jika kau tak mampu, kau boleh terminate dan jika kau dah yakin mampu bayar barulah kau melangkah untuk jadi pelabur hartanah. Jadi tuan rumah.
Walaupun gaji kau RM2000, datang jumpa bakal ayah mertua, dia dah tahu kau dah ada 2 buah rumah, kereta dan perlindungan takaful, agaknya bakal ayah mertua kau nak tolak ke? Kehkeh.
Takde la lepas kahwin cakap mana mampu nak beli rumah, cakap banyak tanggungan la, nak beli lampin anak la. Masa bujang tu kena usaha kuat sikit. Kah!
Penafian:
1. Ini idea dan gambaran kasar sahaja.
2. Andaian ASB Financing RM150K & 30 tahun tempoh pembiayaan & 5.2% dengan Kadar Faedah & Dividen ASB diumumkan 7.25%.
3. Kiraan anggaran kasar sahaja.
4. Jangan jadi pembaris. Sesuaikan dengan ekonomi kau. Jangan telan mentah- mentah. Kaji dulu.
5. Rumah subsale / lelong apartmen. Bukannya rumah baru / bertanah.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post