“Tengok tidur nyenyak je, tapi sekejap ditinggal tiba-tiba tak perasan bayi jatuh katil! Aduhai, rasa bersalah tak sudah…. Apa nak buat ni? Patut ke klinik ke?”
Risaunya! Kita memang tidak boleh menyalahkan sesiapa apabila berlakunya kejadian sebegini. Hanya ibu-ibu atau penjaga saja yang faham betapa ianya bukanlah sesuatu yang dijangkakan.
Malah, kita mungkin tidak menyangka bahawa bayi kita sudah boleh menggolekkan badan, mengengsot, atau meniarap semasa kejadian tersebut terjadi.
Maka, sebagai ibu bapa kita perlu mengetahui bagaimana untuk berdepan dengan keadaan ini.
Malah, kita mungkin tidak menyangka bahawa bayi kita sudah boleh menggolekkan badan, mengengsot, atau meniarap semasa kejadian tersebut terjadi.
Maka, sebagai ibu bapa kita perlu mengetahui bagaimana untuk berdepan dengan keadaan ini.
Risiko Bayi Jatuh Katil: Apa Yang Perlu Diperhatikan?
1. Ketahui Tanda-tanda Bahaya
Pertamanya, tentulah kita perlu memeriksa sama ada terdapatnya tanda-tanda luaran yang boleh dikategorikan sebagai bahaya.Walaupun bayi anda tidak pengsan atau mengalami mengalami luka yang teruk, ini adalah tanda yang merisaukan dan memerlukan anda untuk membawanya berjumpa doktor secepat mungkin.
Tanda-tanda ini termasuklah:
- Bayi menangis tidak berhenti-henti
- Bengkak pada bahagian lembut dahi (ubun-ubun)
- Terganggu dan asyik meraba-raba bahagian kepala
- Rasa mengantuk dan asyik tertidur
- Terdapat darah atau cecair kuning keluar daripada hidung mahupun telinga
- Suara tangisan yang nyaring
- Kurang imbangan badan
- Terjejasnya penglihatan
- Anak mata tidak mempunyai saiz yang sama
- Menjadi sensitif terhadap cahaya dan bunyi bising
- Muntah-muntah
2. Pantau Dalam Masa Terdekat
Pendarahan dalaman atau kecederaan otak adalah salah satu risiko yang amat merbahaya.
Kecederaan otak atau ‘concussion’ ini biasanya tidak akan menampakkan sebarang tanda sebaik sahaja bayi jatuh katil. Sebab itulah bayi perlu dipantau walaupun mereka masih tampak aktif selepas jatuh dari katil.
Maka, tanda yang boleh dipantau dalam masa beberapa hari atau minggu selepas bayi jatuh katil ialah:Kecederaan otak atau ‘concussion’ ini biasanya tidak akan menampakkan sebarang tanda sebaik sahaja bayi jatuh katil. Sebab itulah bayi perlu dipantau walaupun mereka masih tampak aktif selepas jatuh dari katil.
- Tidak berselera atau tidak mahu makan
- Pola tidur berubah
- Menangis dalam posisi tertentu
- Menangis lebih banyak berbanding biasa
- Tampak tidak selesa
Bayi jatuh katil yang kesakitan mungkin menunjukkan tanda kurang aktif, gelisah, dan mengantuk.
3. Elak Aktiviti Lasak Buat Seketika
Selepas bayi jatuh katil, seseorang bayi mungkin akan kelihatan mengantuk, gelisah, kurang daya tumpuan, atau mengalami muntah. Kesakitan pada bahagian kepala atau leher juga mungkin akan berterusan buat beberapa hari.Walaubagaimanapun, sekiranya bayi anda masih aktif dan melakukan aktiviti normal, biarkan dia mendapat rehat secukupnya. Anda perlu mendapatkan pandangan doktor sekiranya mereka tidah mahu dibangunkan pada waktu biasa hingga pola tidur mereka berubah.
Dalam masa 2 hingga 4 jam juga, biasanya doktor akan menasihati agar anak anda tidak dibiarkan membuat aktiviti lasak seperti memanjat atau menunggang mainan.
Sesetengah ibu bapa hanya akan membawa anak berjumpa doktor pada hari berikutnya kerana mungkin tiba-tiba bayi menunjukkan tanda yang merisaukan.
Jadi, maklumat ini amat diperlukan supaya doktor dapat menganalisa kejadian dengan lebih tepat. Jangan sesekali anda rahsiakan sebarang maklumat daripada doktor kerana ia hanya akan menyukarkan rawatan.
Dalam masa 2 hingga 4 jam juga, biasanya doktor akan menasihati agar anak anda tidak dibiarkan membuat aktiviti lasak seperti memanjat atau menunggang mainan.
4. Rekod Maklumat Penting
Pastikan anda mempunyai maklumat yang tepat apabila anda merujuk doktor seperti tarikh bayi jatuh katil, waktu (pagi, petang, atau malam), permukaan tempat bayi jatuh (lantai permaidani, tilam, jubin), ketinggian katil, dan simptom awal.Sesetengah ibu bapa hanya akan membawa anak berjumpa doktor pada hari berikutnya kerana mungkin tiba-tiba bayi menunjukkan tanda yang merisaukan.
Jadi, maklumat ini amat diperlukan supaya doktor dapat menganalisa kejadian dengan lebih tepat. Jangan sesekali anda rahsiakan sebarang maklumat daripada doktor kerana ia hanya akan menyukarkan rawatan.
5. Jangan Lupa Maklumkan Kepada Pengasuh
Jika anak anda dihantar untuk dijaga oleh pengasuh atau taska, pastikan mereka diberitahu supaya mereka diberi perhatian sewajarnya.Ini amat penting supaya tanda-tanda awal dapat dikesan sekiranya berlaku gejala lanjutan yang belum dapat dilihat secara fizikal pada hari sebelumnya seperti lebam.
6. Perhatikan Perkembangan Fizikal Seterusnya
Perkara penting yang turut perlu kita perhatikan ialah keterlewatan perkembangan fizikal selepas tempoh bayi jatuh katil.Contohnya, bayi berusia 6 bulan didapati masih belum boleh bersuara atau kurang memberi respon apabila diagah.
7. Sentiasalah Merujuk Doktor Untuk Kepastian
Perlu diingat, bahawa setiap situasi itu berbeza dan tentulah sukar bagi seseorang untuk memberi pandangan peribadi kecuali apabila bayi tersebut berada di hadapan mereka untuk diperiksa dengan teliti.
Maka, rujuklah doktor walaupun terdapat secalit rasa risau atau ragu-ragu terhadap kesihatan bayi anda.
Maka, rujuklah doktor walaupun terdapat secalit rasa risau atau ragu-ragu terhadap kesihatan bayi anda.
Ambil Langkah Awal
Kita harus peka terhadap tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi dan mengambil tindakan awal dapat supaya dapat mengawal kecederaan. Percayakan naluri anda.Semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang kemalangan yang tidak diingini.
sumber
No comments:
Post a Comment