Thursday 10 March 2016

Elly Mazlein Selamat Timang Anak Perempuan Semalam


PELAKON jelita Elly Mazlien telah selamat melahirkan cahaya matanya semalam dan dia hanya akan berkongsi nama dan wajah anak selepas hari ketujuh kelahirannya.
Bayi perempuan seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat rawatan di Kuala Lumpur lebih awal jangkaan doktor iaitu pada hujung bulan ini.
“Saya bersalin secara normal dan semuanya selamat. Alhamdulillah tiada sebarang komplikasi dan anak saya juga berada dalam keadaan yang sihat. Saya akan menjalani proses berpantang secara tradisional”
Bayi ini merupakan anak pertama bagi Elley Mazlien dan suaminya, Azmi Hatta selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post