Thursday, 10 March 2016

Kalau Nak Bayi Cepat Bercakap, Buat 7 Perkara Ini Sesuai Usianya

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/03/bayi-cepat-bercakap-750x375.jpg

“Baaa baaa cak! Eh, seronokya kalau bayi cepat bercakap. Tentu comel sangat dengar suaranya. Hmmm… Patut praktis awal-awal ni!”

Tahukah anda, sebenarnya belajar bercakap adalah sebuah proses yang boleh bermula sejak awal kelahiran lagi, iaitu apabila bayi mula meneroka bagaimana bunyi boleh keluar daripada kotak suaranya.
Oleh itu, mari lihat proses perkembangannya dan bagaimana anda boleh memainkan peranan supaya bayi cepat bercakap.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/03/bayi-cepat-bercakap-4.jpg

Cara Mudah Mengajar Bayi Cepat Bercakap Mengikut Usia

1. Bayi 0-3 Bulan

Bayi anda perlu selalu mendengar suara anda.
Apabila mendengarnya, bayi akan cuba memimik atau menirunya melalui bunyi-bunyi yang dikeluarkan.
i) Contoh paling senang adalah menyanyi dan bercakap kepadanya, serta membacakan buku cerita sambil menunjukkan pelbagai emosi.
Ini tentu menjadikan keseluruhan proses lebih menarik kerana walaupun bayi tidak memahaminya, bayi berasa gembira apabila anda berkomunikasi dengannya.
ii) Selain itu, cuba biarkan bayi anda berceloteh seorang diri. Tutupkan televisyen atau radio supaya bayi lebih fokus untuk bercakap dan mendengar suaranya!

2. Bayi 3-6 Bulan

Pada umur ini, bayi anda sedang mula memahami bagaimana manusia bercakap antara satu sama lain.
Untuk membantu bayi cepat bercakap, anda bolehlah berkomunikasi dengannya melalui cara berikut:
i) Meniru suara bayi anda
ii) Jika mendapati bayi cuba meniru kata-kata anda, cuba ulangkan perkataan tadi.

iii) Pandang tepat pada matanya. Apabila bayi mula melihat anda dengan fokus, sebut satu perkataan yang mudah dan senyum.


http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/03/bayi-cepat-bercakap-3-1024x576.jpg

3. Bayi 6-9 Bulan

Antara 6-9 bulan, bayi anda akan bermain-main dengan bunyi yang keluar daripada mulutnya seperti “baba” atau “dada”. Bayi juga sudah bijak menunjukkan emosi sebagai respon apabila mendengar suara anda walaupun tidak memahaminya.
Permainan yang membantu bayi cepat bercakap termasuklah:
i) Permainan “Cak!” atau “Peek-a-boo”. Buatlah bunyi menarik sambil menepuk tangan.
ii) Pilih sebuah anak patung dan katakan sesuatu tentangnya. Contoh, “Cuba pegang ‘Teddy Bear’ ni, lembutnya!”
iii) Biar bayi melihat dirinya dalam cermin dan tanyakan, “Siapa tu?” Jika bayi tidak memberi respon, sebutkan namanya.
iv) Bunyikan permainannya dan sembunyikan. Kemudian tanya “Mana loceng?” Jika tiada jawapan, tunjukkan di mana anda letakkannya.

4. Bayi 9-12 Bulan

Sebenarnya, dalam usia ini bayi sudah mula memahami beberapa perkataan yang mudah dan selalu didengar. Kalau tak percaya, bayi mungkin akan berhenti jika anda mengatakan “Jangan!” atau “Tak boleh!” kepadanya.
Jika seseorang bertanya kepadanya “Mana Mama?” kemungkinan besar bayi akan melihat anda sebagai responnya.
Selain itu, bayi juga akan mengangkat tangan dan melihat ke atas sebagai isyarat dia mahu didukung.

Ajarkan bayi melambai dan katakan “bye-bye” dengan gembira. Ini salah satu cara berkesan membantu bayi cepat bercakap.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/02/biarkan-anak-bermain-sendiri-1-1024x678.jpg

5. Bayi 12-15 Bulan

Dalam usia 12-15 bulan, bayi sudah mula menggunakan perkataan yang konsisten untuk objek tertentu.
Kebanyakan bayi sudah boleh mengeluarkan 1-2 perkataan dan memahami 25 perkataan atau lebih.
Apa yang anda boleh lakukan ketika ini adalah:
i) Namakan objek yang biasa dilihat seperti ‘cawan’, ‘patung’, ‘baju’ atau ‘Mama’.
ii) Tunjukkan gambar pada buku. Tanyakan soalan dan beri masa untuk mereka menjawab.
iii) Beri galakan pada jawapan mereka, tidak kira sama ada betul atau salah.
iv) Tambahkan penerangan terhadap sesebuah objek yang dilihat. Contohnya, jika dulu anda berkata “Ini bola”, sekarang tiba masanya untuk anda menambah “Bola ini besar dan bulat”.
v) Berlakon membut bunyi menjadi haiwan kesukaannya. Libatkan alat permainan, buku, atau pasangan anda supaya lebih meriah.

5. Bayi 15-18 Bulan

Dalam usia ini, ayi sudah pandai berkomunikasi dengan lebih kompleks.
Dalam masa yang sama, bayi juga sedang belajar membina dan mengingat pelbagai lagi perkataan.
Jadi, usahakan begini supaya bayi cepat bercakap:
i) Main permainan ‘tunjuk’ anggota. Tanyakan “Mana mata?” “Mana hidung?” dan sebagainya
ii) Apabila bayi cuba berinteraksi dengan anda, sebutkan perbuatannya. “Adik bagi Mama buku. Terima kasih. Adik nak baca buku?”

iii) Menyorok di belakang pintu atau di bawah selimut. Biarkan bayi mencari dan memanggil anda. Buat bunyi untuk merangsangnya pencariannya.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/02/biarkan-anak-bermain-sendiri-3-1024x683.jpg

6. Bayi 18-24 Bulan

Apabila usia hampir mencecah 2 tahun, bayi anda kini mampu mengikut arahan dan menggunakan 2-3 perkataan untuk membentuk ayat pendek, seperti “nak susu”.
Ini yang sesuai dilakukan pada usianya agar lebih petah berbicara:
i) Minta pertolongan daripada mereka melakukan sesuatu yang mudah. Seperti mengambil cawan.
ii) Membaca buku bersama. Tanyakan objek yang dilihat dalam buku.
iii) Bermain ‘olok-olok’ dengan bercakap di telefon atau beri anak patung makan.

7. Bayi 2-3 Tahun

Bayi sepatutnya sudah lebih petah mengucapkan lebih banyak perkataan. Jika dahulu hanya mampu mengangguk atau menggeleng kepala, kini mereka bijak mengatur jawapan dengan perkataan.
Ini perkara yang boleh dibiasakan agar kebolehan bertuturnya menjadi lebih baik:
i) Ajarkan anak menyebut namanya.
ii) Mula mengajarkan bentuk, warna, ABC, atau nombor kepadanya.
iii) Kalau boleh, kurangkan soalan yang boleh dijawab dengan “Ya” atau “Tidak” supaya anak lebih kreatif:  “Ini siapa punya ‘teddy bear’?” “Kenapa adik suka ‘teddy bear’ ni?”

iv) Lawati perpustakaan kerana terdapat pelbagai sumber yang boleh dipilih mengikut kesukaannya. Anak juga dapat belajar untuk bersosial di tempat awam. Semasa membacakan buku, berhenti dan tanyakan apa yang akan berlaku selepas itu.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/03/bayi-cepat-bercakap-1024x683.jpg

Jadikannya Aktiviti Menyeronokkan!

Walaupun kita mahukan yang terbaik untuk perkembangan anak, pastikan kita tidak terlalu memaksanya.

Cuba jadikan latihan ini menarik dan menyeronokkan, barulah anak lebih gembira dan bersemangat!








Sumber

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post