Foto Kredit: gatheredagain.com
Yey, cuti sekolah datang lagi! Memang waktu yang ditunggu oleh anak-anak. Ada yang tak sabar balik kampung jumpa datuk, nenek dan sanak saudara, ada yang ternanti-nanti bercuti keluar negara dan mengunjungi tempat menarik dalam negeri.
Tambah seronok kalau ada famili besar. Masa inilah semua adik-beradik yang duduk jauh dapat berkumpul dan bercuti bersama.
Percutian Bajet Pun Masih Boleh ‘Enjoy’?
Bercakap tentang bercuti, biasanya banyak belanja perlu dikeluarkan.Maklumlah, bukan selalu bercuti panjang. Apa lagi jika bercuti beramai-ramai di satu-satu tempat dalam jangka masa melebihi 3 hari.
Perlu fikir kos hotel, kos makan semua ahli dan kos transport. Jadi, macamana nak rancang percutian bajet?
7 Tips Rancang Percutian Bajet Bersama Keluarga
1. Packing makanan siap-siap
Sebelum memulakan perjalanan, digalakkan bawa makanan yang disediakan di rumah. Ia boleh dimakan semasa dalam kenderaan.Jadi, setiap kali anda berhenti di mana-mana perhentian R&R ataupun stesen, anda juga boleh keluarkan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Lagi seronok bukan?
2. Kunjungi restoran yang sediakan promosi
Banyak restoran yang menyediakan set lunch yang lengkap dengan air. Jadi anda dapat jimat daripada membeli secara bufet.Ada juga yang menawarkan promosi “kids eat free” apabila membeli set hidangan yang disediakan.
3. Tinggal di homestay
Bukan sahaja besar dan selesa, terasa seperti tinggal di rumah sendiri.Malahan harga sewanya juga lebih murah berbanding hotel. Biasanya homestay turut menyediakan dapur lengkap dengan tong gas untuk memudahkan anda memasak hidangan.
Jadi, anda boleh menyediakan makanan sendiri sebelum keluar berjalan-jalan.
4. Rancang waktu
Perlu rancang trip anda agar tidak bertembung dengan waktu jammed di jalan raya. Sekurang-kurangnya anda dapat jimat penggunaan minyak.Jika anda naik kereta api atau kapal terbang misalnya, rancang waktu tiba agar anda tidak sampai lewat dan perlu pula keluarkan duit extra untuk sampai ke destinasi.
Bila ada promosi, cepat-cepat tengok kalendar dan tempah tiket kapalterbang. Yang lain tu, ‘bisa diatur’…! Yalah, sebab selalunya tiket kapalterbang adalah kos yang paling mahal dan ia menjadi penghalang utama kita untuk travel.
5. Cari alternatif yang kurang popular
Jika anda menaiki kapal terbang, buat perbandingan antara harga sebelum menempah. Pilih waktu penerbangan yang kurang sibuk seperti waktu pagi misalnya.Hotel-hotel ternama juga lazimnya lebih mahal daripada hotel baru atau homestay yang tidak kurang hebatnya! Jadi, buatlah sedikit research ya.
6. Guna kelebihan keahlian
Ada hotel dan syarikat penerbangan yang memberi points pada ahlinya.Hanya dengan menebus points sedia ada kepada baucar hotel dan sebagainya, anda boleh gunakannya sewaktu rancang percutian bajet.
7. Cari aktiviti yang tidak perlu belanja banyak
Banyak hotel dan tempat peranginan menawarkan aktiviti menarik dan percuma untuk tetamu mereka terutamanya kanak-kanak.Jadi, sebelum anda menempah, dapatkan info dahulu tentang aktiviti yang ditawarkan dan jika ada festival yang diraikan.
Lebih banyak aktiviti yang disediakan secara percuma, lebih banyak anda dapat berjimat.
Kalau tak, anda pun boleh buat aktiviti sendiri di pantai, kolam renang, taman, tasik, atau rumah opah. Contohnya berbasikal, lumba renang, tarik tali, atau memasak bersama seisi keluarga.
Dalam berjimat tu, kena beringat juga..
Walaupun merancang percutian bajet, cuba elak terlalu berjimat hingga anak-anak terasa tidak gembira bercuti bersama anda.Inilah waktunya anda dapat bersama mereka kerana selepas itu, anak-anak akan makin membesar dan duduk berjauhan.
Yang pasti, kenangan dan memori bercuti bersama seperti ini sukar untuk berulang lagi.
sumber
No comments:
Post a Comment