“Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu.“Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini,” kata Elly kepada kepada Harian Metro.
Penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu berkata, seboleh-bolehnya dia mahu menjaga aib bekas suaminya.
“Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup.“Saya tetap tidak akan bercerita punca perceraian kerana masih menghormatinya sebagai bekas suami. Apatah lagi, dia pernah menjadi insan tersayang dalam hidup saya.“Kalau saya menjaga aibnya, saya percaya Allah SWT juga menjaga aib saya. Jadi, saya tidak mahu timbul sebarang masalah selepas ini,” katanya.
Elly selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di pusat perubatan di Kuala Lumpur petang kelmarin.
Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014.
No comments:
Post a Comment