Thursday, 10 March 2016

Kalau Nak Anak Bijak, Papa Mesti Rajin Bermain Dengannya

papa

Bermain juga satu pelajaran buat si kecil. Biasanya bayi menghabiskan banyak masa dengan mama. Apa kata kali ini papa pula yang ambil alih melayani kehendaknya bermain.
Bayi pada usia 0-2 tahun memerlukan sokongan dan dorongan daripada papa dan mama untuk belajar banyak perkara. Selain itu waktu bermain juga menggambarkan kasih sayang yang tidak terhingga buat si kecil.
Berikut antara panduan bermain yang boleh dilakukan bersama si kecil.
1. Meniarap
Ketika bayi baru belajar meniarap, tentu dia akan terasa kesukarannya. Papa jadikan aktiviti ini sebagai satu permainan yang menarik. Penglibatan papa dapat memberi peluang bayi mengetahui fungsi kaki, tangan dan badannya.
2. Merangkak
Ketika merangkak, bayi akan menggunakan keempat-empat anggota tangan dan kakinya. Oleh itu, papa perlu luang masa untuk merangkak bersama-samanya kerana proses pembelajarannya akan menjadi lebih seronok.
3. Belajar duduk
Bayi yang sedang belajar duduk akan memulakan kemahirannya itu dengan menghalakan kakinya luas-luas ke hadapan. Tangannya juga bebas meneroka apa sahaja yang menarik minatnya. Papa boleh gunakan masa ini untuk duduk bersama-samanya dan membelek helaian buku berwarna-warni.
4. Belajar berdiri & memanjat tangga
Papa perlu peka dengan perubahan pada bayi, sekiranya bayi sudah mampu mengkoordinasi kaki dan tangannya dengan sempurna, anda boleh lakukan aktiviti belajar berdiri dan memanjat agar kemahiran tersebut dapat dimantapkan. Sentiasa mengawasi pergerakan bayi agar dia tidak terjatuh dan tercedera.
5. Kenal objek & cari bunyi
Papa boleh bermain dengan si kecil menggunakan objek berbunyi. Aktiviti seperti ini boleh membantu bayi memantapkan kemahiran, menghalusi koordinasi dan menguji kecekapannya.
6. Bermain bola
Pada usia tujuh bulan dan ke atas, bayi anda mudah tertarik melihat bola berwarna-warni bergolek. Ketika usia ini, papa harus melakukan aktiviti menunjuk, memegang dan memberikan semula bola kepada anda.
7. Dukung terbalik
Dukung secara terbalik dengan selamat adalah salah satu aktiviti yang gemar dilakukkan oleh papa kepada bayinya. Percayalah si kecil suka jika dilakukan sedemikian oleh papa bahkan jika terlihat wajah papa, dia akan mengagah minta didukung.
Namun pastikan keselamatan anak diutamakan. Aktiviti ini jika sudah biasa dipraktiskan sejak kecil, mampu merangsang koordinasi kaki dan tangan bayi serta membuatkan mereka berkeyakinan.

sumber

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post