Sunday, 13 March 2016

Anti-Islam di AS: Lebih ramai wanita Islam belajar seni pertahan diri

Anti-Islam di AS: Lebih ramai wanita Islam belajar seni pertahan diri
Aktivis hak asasi manusia Rana Abdelhamid berkata wanita yang berhijab sering menjadi mangsa sentimen anti-Islam. -Gambar fail

SEORANG wanita Amerika Syarikat yang berasal dari Mesir mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel seni mempertahankan diri kepada wanita Islam di negara itu.

Aktivis hak asasi manusia Rana Abdelhamid yang merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam karate 'shotokan' berkata wanita yang berhijab sering menjadi mangsa sentimen anti-Islam. 

“Anda boleh diserang pada bila-bila masa. Anda boleh ditolak di trek subway (kereta api bawah tanah),” kata Abdelhamid kepada Reuters.

Kelas seni mempertahankan diri kian popular di AS dan golongan wanita diajar kemahiran asas seperti menumbuk.

Abdelhamid merupakan antara aktivis Islam yang berpengaruh di AS kerana pada usia 16 tahun, beliau diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang mencuba menanggalkan hijab beliau.

Lapor majalah Elle, insiden yang meninggalkan kesan yang mendalam dijadikan pembakar semangat untuk melancarkan Women’s Initiative for Self Empowerment (WISE) dalam usaha memperkasakan golongan wanita Islam.

Selain menganjurkan bengkel seni mempertahankan diri, WISE turut mengajar wanita muda tentang kepimpinan dan perniagaan.

Sentimen anti-Islam kian meningkat susulan kenyataan Calon Presiden Parti Republikan Amerika Syarikat, Donald Trump yang menggesa agar umat Islam dihalang masuk dari memasuki negara itu.

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post