2 tahun pengalaman dan kesilapan kami.
Mistake is a must. Mistake is a progress on reality. Kami juga buat banyak kesilapan walau telinga kami seringkali menerima pesan, mata kami sering membaca pesan.
Tudung adalah industri yang penuh dengan speed. Industri terhampir dengan model bisnes tudung adalah bisnes buku. Market sentiasa mahukan BARANG BARU. Barang lama, consider barang lelong bila sampai masa.
Selepas 2 tahun berjualan tudung, ini pelajaran yang terakam dalam memori kami.
Kesilapan No 1
Tidak mengambil gaji sendiri dan cekau duit bisnes sendiri.
Bagi kebanyakan orang yang memulakan bisnes tudung, mereka bermula dengan modal terhad. Jadi, duit untung bulanan itu jugalah duit sara hidup mereka. Kami melalui situasi ini jadi kami memahaminya.
Duit bisnes tidak boleh digunakan ikut suka hati kita. Kita wajib ambil gaji walaupun sedikit. Kemudian, adjust lifestyle kita bersesuaian dengan gaji tersebut.
Jika untung bisnes ini tidak mampu mendatangkan gaji yang kita perlukan selepas 1 tahun beroperasi, bolehlah lupakan bisnes ini. Cari usaha niaga lain yang boleh memberikan kita sara hidup yang diperlukan.
Jadikan bisnes tudung sebagai bisnes duit geli-geli, dan bukan bisnes utama.
PS: Kita sebut gaji untuk sara hidup, bukan untuk sara lifestyle.
Kesilapan No 2
Setiap urusniaga tidak dicatatkan dengan sistematik.
Bagi pemilik perniagaan enterprise, kebanyakannya memiliki akaun bank atas nama perniagaan enterprise. Dan ia didatangkan dengan kemudahan kad ATM.
Kad ATM itu bukan fungsinya untuk mencucuk duit keluar bila-bila masa kita perlukan. Biasa kan kita nak pergi restock tudung dan kita cucuk keluar RM2.5k. RM2k kita ambil pergi restock, RM500 lagi tiba-tiba sudah tiada dalam poket. Maklumlah, bayar duit parkir dengan tidak minta resit, pergi makan dan terbeli barangan lain yang bukan untuk kegunaan bisnes.
Jika tidak mampu mendisiplinkan diri untuk tidak mencucuk keluar duit bisnes, boleh cuba patahkan kad ATM tersebut.
Atau, simpan dalam bongkah ais seperti Rebecca Blomwood menyorokkan kad kredit beliau dalam Confession of a Shopaholic.
Cuba ikthiarkan untuk buat transaksi online ke account bank supplier/cek supaya kita hanya guna duit yang diperlukan. Dan tidak terbazir guna. Ia juga memudahkan kita untuk menyemak bank statement pada hujung bulan kelak.
Kesilapan No 3
Tidak melengkapkan rekod duit keluar masuk dan resit-resit.
Setiap minggu restock tudung, kadang-kadang resit restock pun tak ada. Belum kira lagi resit ke dalam parcel para pelanggan!
Kami ambil masa 1 tahun untuk akhirnya menjadi addicted kepada resit. Semua urusan bisnes WAJIB ada resit. Resit duit masuk, resit duit keluar. Semua mesti ada resit. Resit ini akan direkodkan dalam bookkeeping atau fail.
Setiap kuarter berlalu kita boleh lihat berapa banyak kecairan cash keluar daripada pihak kita, berbanding cash yang masuk.
Banyak keluar via marketing? WHY? Banyak restock? WHY? Duit masuk mesti lebih banyak dari duit keluar. Tapi kalau dah duit keluar pun kita tak pasti berapa in exact figures, macam mana kita nak buat perbandingan dan analisa?
Dan kalau duit masuk pun tak jelas, macam mana nak jelas bab cukai dan ZAKAT?
Kesilapan No 4
Tidak menetapkan limit restock bagi sesuatu pattern item.
Kita fikir bila orang masih bertanya, itu tandanya permintaan masih tinggi. Jadi kita pun menggunakan duit kantung syarikat untuk restock lebih lagi item tersebut.
Kita mesti punya anggaran berapakah tahap tepu sesuatu item itu – 200 helai? 300 helai? 1000 helai? Jadi kita hanya restock ke tahap itu sahaja.
Jika selepas itu permintaan masih ada, kita tidak restock lagi item itu dengan banyak. Kita tidak guna kantung duit syarikat untuk berjudi nasib item yang mulai masuk fasa barang LAMA. Duit kantung syarikat mesti digunakan untuk item baru yang hayatnya BARU dan masih panjang!
Kami ada pengalaman longgokan stok yang banyak kerana tersilap melihat kehadiran perkara ini. Producing as much as we can, walhal permintaan item mulai stagnant.
Satu pattern item patut produce berapa banyak untuk Batch 1? 300 helai? Mengambil kira 10% lupus, berapakah masa yang kita perlukan untuk menjual semua 270 helai tanpa mengambil kira kita perlu masuk fasa lelong?
Jika tak boleh jual 270 helai, bolehkah kita kurangkan production Batch 1? Patutkah kita kurangkan? Kira jangan tak kira..
Kesilapan No 5
Semua tudung mesti shooting di studio.
Kita fikir menggunakan gambar yang shoot di studio pasti boleh menghasilkan jualan yang lebih baik.
Kita WAJIB menetapkan bajet shooting yang kita mampu keluarkan, dan cari cara mendapatkan hasil premium pada harga bajet. Suka atau tidak, kantung syarikat kita kecil. Jangan samakan dengan orang yang ada 300k dalam akaun syarikat.
Contohnya, RM1k bajet shooting termasuk model, photographer, studio, editinggambar. Jika tak mampu adakan RM1k, turunkan bajet itu dan cuba cari cara untuk dapatkan shooting dalam bajet itu.
Contohnya, outdoor shooting sendiri. Cost boleh drop kepada RM700.
Adakah semua koleksi patut shoot? Terpulang. Bergantung kepada bajet. Bolehkah kita shoot 2 collection pada 1 masa? Jadi kita jimat MUA, jimat model, jimat masa. Kita nak jimat bukan sebab kita kedekut, tapi sebab kita tak ada duit.
Kesilapan No 6
Jika kita jual tudung murah, kita dapat jual banyak. Jadi kita cuba rendahkan harga.
Kami banyak tersilap dalam menetapkan harga. Dan kami terima ia sebagai proses pembelajaran. Game volume adalah game wholesaler. Jika nak letak harga murah, main game super wholesaler. Pastikan channel banyak dan kukuh baru boleh main game ini. Jika kita ni budak baru 3 bulan dalam industri ini, maka ini kesilapan yang wajar kita elakkan.
Kira harga KOS, kemudian tetapkan harga RETAIL. Boleh pakai darab 2, atau darab 3, atau darab 70% (supaya bila buat YES 70% off kita masih covermodal asal).
Kini kami lebih suka belajar menjual item pada harga 2.5 kos. Dan menuju kepada 3 kali ganda kos. Contoh, modal RM15. 3 kali ganda kos ialah RM45. Jika kos RM20, harga retailnya RM60.
Jika kita jual tudung murah, margin kita kecil. Apabila berlaku musim kemarau seperti sekarang ini, banyak butik besar mampu buang harga kerana buffer layer mereka tebal. Jika kita ini harga kos RM15, kita jual RM25. Lepas itu butik besar yang siap ada tag dan brand, markdown itemmereka daripada RM49 kepada RM30, apa sebab orang nak beli barang kita?
Kemarau punya isu ini, hanya yang pernah tempuh sendiri baru tahu nikmat air. Haha.
Kesilapan No 7
Kita pasang saja FB Ads, selagi jualan masuk dapat cover kos spending hari tersebut dan dapat sikit untung, jadilah…
Untuk kesilapan no 7 ini saja boleh tulis 1 entri lain panjang lebar. Setiap sen duit yang kita spend pada marketing mesti kita sukat ROI-nya. Dulu lainlah, kita berniaga offline. Mana kita nak tahu berapa orang nampak papan tanda kedai kita, atau nampak flyers kita. Tapi sekarang zaman FB Ads, semua boleh disukat. Kalau tidak exact figure, kita ada rough figure.
Jika kita masih ada habit pasang ads setiap kali nak buat sale baru, ada somethingyang tak kena di situ tak kira berapa juta parcel kau setiap hari.
Jika kita masih ada habit require new customer untuk create sale, itu pun petunjuk ada something missing in between.
Kesannya tidak rasa sekarang, kesannya akan rasa kemudian. Its a cancer.
Kesilapan No 8
DISCOUNT sepanjang zaman. Apabila barang tak jalan disebabkan kesilapan no 4, kami terdorong untuk potong harga asalkan barang jadi duit..
Ini jugalah yang terjadi dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini di FB/IG. Banyak peniaga berlumba buang harga kerana musim kemarau yang panjang. Bukan setakat ikan bilis buang harga, ikan paus biru pun nak buang harga.
Ada seorang senior pesan pada kami, petanda bisnes tu nak masuk fasa ICU, bilamana jika tak ada buat sale, tak ada sale yang masuk. Maksud beliau, jika tak buat potongan/diskaun, tak ada orang nak membeli.
Sebab market hanya menanti mereka buat SALE!
SALE boleh dianjurkan, tinggal lagi jadikan ia berkala. Pesan senior saya itu, setahun 2-3 kali memadai – hari raya, hujung tahun, ulangtahun brand.
Kami sudah stop buat SALE. Kami beri item itu for free menerusi berbagai aktiviti bersama loyal customer.
Cukuplah 8 kesilapan besar kami kongsikan. Kami masih tiada brand tahap butik seperti orang lain pada saat kami belajar semua ini. Kami berkuli darizero. Kami tiada background bisnes. Kami tiada suntikan modal.
Kami hanya ada passion. Passion keep us going.
Kesemua kesilapan ini membawa kepada satu masalah utama. KANTUNG DUIT SYARIKAT TIDAK MEMBESAR. Besar itulah juga selepas 2 tahun.
Apabila kantung syarikat tidak besar, bagaimana kita nak hire staff? Jika tidak ada staff, bagaimana kita nak expand. Jangan cakap pasal growth, kalaubookkeeping pun tunggang langgang.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment