Banyak cerita panas dalam sehari dua ini. Saya dapat pelbagai maki hamun kerana pandangan saya mengenai keperluan menghentikan mudharat yang dibawa oleh Najib Razak dengan segera.
In Sya Allah saya akan jawab dengan berhemah dan terangkan kepada sahabat-sahabat PAS dan seluruh rakyat Malaysia kenapa menurunkan DS Najib Tun Razak samalah juga dengan menurunkan Umno.
Oleh itu, untuk mengingatkan kita bagaimana besarnya mudharat yang dibawa beliau, jangan lupa baca laporan Wall Street Journal hari ini bahawa sumber penyiasat antarabangsa menyatakan jumlah dana yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri melebihi USD1 bilion dan sebahagian besarnya datang dari 1MDB.
Perangai macam ini (salahguna dana rakyat) kita kena benci – sama ada dia parti Umno, parti PAS, parti KEADILAN, parti DAP atau parti tupperware pun. Kalau setuju, mohon share!
Sumber: lipanbaraa
No comments:
Post a Comment