
 Foto Kredit: id-mag.com
Demam kuning atau ‘jaundice’ adalah perkara 
biasa yang berlaku pada bayi. Tidak kira pada bayi cukup bulan atau 
pramatang, jika ia berlaku, perkara paling penting ialah jangan panik. 
Pihak hospital akan memantu perkara ini dimana rawatan akan diberikan 
pada bayi dengan sebaiknya. Bayi pramatang amat tinggi 
kebarangkaliannya. Pastikan demam kuning bayi tidak berpanjangan.
Apakah rawatan dan ubat untuk penyakit demam kuning?
Untuk rawatan, doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal 
pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di 
bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis 
pada kadar yang lebih rendah. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju 
dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata 
khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi 
susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi 
atau kekurangan air. Dalam kes terpencil, sekiranya tahap jaundis 
terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.
Apakah punca demam kuning?
Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya 
bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih
 banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Mudah 
untuk mengetahuinya, di mana bayi terbabit mempunyai akan mengeluarkan 
najis berwarna kuning dan air kencing jernih.
Sila ikuti petua dan tips di bawah untuk menghilangkan demam kuning.
Susu ibu baik untuk bayi
1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi 
membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.
Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja
2. Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh 
menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena 
jaundice.
Cuba berikan susu kambing
3. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundice
Kenakan cahaya matahari
4. Elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang 
perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal 
Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi
 sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.
Pastikan madu yang asli
5.  Beri hisapan madu dari jari ibu atau bapa bayi sendiri. Amalan ini 
tidak tertumpu kepada bayi yang menghidap jaundice sahaja.
Ingat Allah selalu dengan zikir
6. Buat urutan lembut di atas kening bayi 
iaitu dari pangkal mata ke dalam pangkal mata luar sambil berselawat 
atau bertasbih. Paling kurang 7 kali setiap kali. Ini dapat membantu 
mengelakkan kuning naik ke kepala. Bimbang akan diserang sawan.
Semoga bermanfaat!