Tuesday, 15 March 2016

Ammar Alfian Selamat Bergelar Suami




Tiada angin tiada ribut tahu tahu saja melalui Instagram beliau baru baru ini, Ammar Alfiankongsikan beberapa gambar sekitar majlis pernikahan beliau dengan gadis pilihan dan ini banyak timbulkan persoalan di kalangan peminat.
Maklumlah pelakon berbadan sasa itu sebelum ini sering dilanda kontroversi yang tidak pernah habis. Namun, keputusan Ammar Alfian untuk mendirikan rumah tangga disambut baik para peminat yang meninggalkan komen di Instagram beliau.
Menurut laporan Kosmo! baru baru ini, Ammar Alfian berkata beliau sengaja mendiamkan diri dalam soal perkahwinan ini kerana merasakan dirinya bukan lagi seorang selebriti selain tidak mahu lagi dikaitkan dengan dunia seni.
Mungkin ini satu keputusan yang baik buat Ammar Alfian untuk meneruskan hidup sebagai ketua keluarga selepas ini. Mana tahu, beliau akan lebih disayangi peminat dan berubah menjadi lelaki yang lebih baik kelak.
Lagi gambar sekitar perkahwinan Ammar Alfian dan gadis pilihan beliau dibawah yang berlangsung pada 6 Mac yang lalu, enjoice! 
             00001 Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk - ROTIKAYA           00002 Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk - ROTIKAYA             00003 Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk - ROTIKAYA
             00004 Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk - ROTIKAYA            00005 Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk - ROTIKAYA             00006 Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk - ROTIKAYA
            00007 Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk - ROTIKAYA            00008 Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk - ROTIKAYA              00009 Ammar Alfian Kahwin Senyap Kerana Merajuk - ROTIKAYA

10 TIPS UNTUK BANGKIT DARI KEGAGALAN




1. (#)Lakukan Aktiviti Menyeronokkan

[+]Ramai yang tidak tahu, emosi kita berkait rapat dengan pengeluaran hormon serotonin. Ketika pengeluarannya meningkat, kamu diselubungi perasaan positif seperti gembira dan bersemangat. Namun saat mengalami kegagalan, pengeluaran hormon tersebut akan berkurangan. Ketika inilah perasaan negatif akan menguasai dirimu. Bagi mengatasi penurunan kadar hormon ini, pakar psikologi menyarankan kamu melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berdamping dengan orang tersayang. Cara ini akan meningkatkan kadar hormon serotonin dan mengembalikan aura positif dalam diri kamu.

2. (#)Bersosial

[+]Usah mengurung diri dengan memendam rasa sebaliknya kamu digalakkan berinteraksi dengan orang di sekeliling. Perbuatan mengasingkan diri atas alasan untuk menyendiri akan membuatkan kamu lebih tertekan dan cenderung menyalahkan diri sendiri atas kegagalan yang berlaku. Aktiviti sosial yang sihat akan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan hormon oksitosin yang membuatkan kamu kembali bersemangat. Sokongan moral daripada keluarga dan teman-teman akan membuatkan kamu rasa dihargai dan bermotivasi untuk terus memburu kejayaan.

3. (#)Berfikiran Positif

[+]Tidak dinafikan, kegagalan akan mengganggu kestabilan emosi dan mental kamu. Ubat paling mujarab, kamu harus melihat kegagalan ini dari sudut positif. Dugaan ini akan mematangkan kamu merencana masa depan dengan lebih baik. Jadikan ia sebagai pengajaran dan ceriakan diri kamu dengan sikap humor. Cara ini akan membuatkan kamu tenang dan orang di sekeliling kagum dengan ketabahan yang kamu miliki.

4. (#)Bersikap Terbuka
[+]Ketepikan ego dan terima hakikat kegagalan yang dialami tapi jangan sesekali membiarkan ia melemahkan kamu. Bina kembali keyakinan diri dan bersikap terbuka menerima kritikan, teguran atau nasihat daripada orang lain. Ingat! Kegagalan sering terjadi kepada golongan yang pesimis, ego dan berfikiran sempit.

5. (#)Usah Menyalahkan Diri & Orang Lain

[+]Usah menyalahkan diri atau sesiapa atas kegagalan yang berlaku. Tidak perlu mencari pesalah tapi amat penting untuk kamu menganalisis punca kegagalan agar kamu tidak mengulangi kesilapan yang sama.

6. (#)Sokongan Keluarga & Teman

[+]Saat menghadapi kesukaran begini, sokongan keluarga dan teman-teman sangat diperlukan agar dapat meringankan beban yang kamu tanggung. Setiap insan perlukan perhatian, kasih sayang dan motivasi agar mereka dapat meneruskan hidup dengan gembira.

7. (#)Jaga Kesihatan

[+]Hakikatnya, ramai yang cenderung menyeksa diri sehingga mereka jatuh sakit seperti enggan makan atau terus-terusan mendera emosi dengan menyalahkan diri sendiri atas segala yang berlaku. Sepatutnya dalam keadaan sukar, kamu mesti lebih prihatin menjaga kesihatan dan mengalih perhatian dengan melakukan aktiviti riadah atau hobi baru. Kajian menunjukkan aktiviti fizikal seperti bersukan atau berkebun dapat mengurangkan tekanan.

8. (#)Humor

[+]Ketawa adalah penawar kegagalan atau kesedihan. Usah terus-menerus bermuka masam kerana ia hanya menambah tekanan. Kamu disarankan bergaul dengan teman-teman yang pandai berlawak, malah kamu juga boleh membuat humor. Cara ini akan mengembalikan keceriaan di wajah kamu dan menstabilkan emosi yang terganggu.

9. (#)Luah Perasaan

[+]Usah malu meluah isi hati atau masalah kepada insan yang kamu percayai. Cara ini sangat efektif mengurangkan kekecewaan yang kamu alami. Tapi jika kamu berasa tidak selamat membuka rahsia diri kepada orang lain, apa kata kamu luahkan segala yang membelenggu diri dengan cara menulis diari. Luahkan apa yang terbuku tanpa ada batasan kerana diari adalah hak peribadi kamu.

10. (#)Gali Potensi Diri

[+]Insan di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jika kamu gagal dalam satu bidang ia bukan bererti hidup kamu mengalami kegagalan secara keseluruhan. Apa kata, kamu gali potensi diri dengan mencuba bidang baru. Misalnya jika sebelum ini kamu tidak menyerlah dalam bidang penulisan, apa kata kamu mencuba penyiaran. Siapa tahu kamu lebih menyerlah sebagai penyampai berbanding penulis


16 KEGUNAAN UBAT GIGI YANG ANDA PERLU TAHU (NO 4 MESTI ADA YANG PERNAH BUATKAN?)




1. (?)Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

2. (?)Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

3. (?)Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.

4. (?)Mengilatkan kuku

5. (?)Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

6. (?)Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

7. (?)Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

8. (?)Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
9. (?)Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

10.(?)Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.

11. (?)Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

12. (?)Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

13. (?)menghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

14. (?)Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

15. (?)Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.

16. (?)Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.


Resepi RESEPI SPAGHETTI CARBONARA YUMMYY




Bahan utama yang perlu anda sediakan ialah:

[+]Minyak zaitun
[+]Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
[+]Lada hitam
[+]1 kotak susu dutch lady
[+]1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
[+]Daging, sosej, sotong, ayam (perencah tambahan, Azwar letak sosej dan daging sahaja)
[+]Garam
[+]1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk

Cara-cara membuatnya ialah:

1) [+]Panaskan minyak zaitun, lalu tumiskan bawang putih. Bila dah agak garing masukkan pula daging. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur.
2) [+]Bila dah hancur, bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu kotak dutch lady. Agak-agak sahaja, Azwar ikut paras tin sauce carbonara mushroom. Kacau seketika.

3) [+]Seterusnya, masukkanlah segala perencah yang engkorang rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong, unta ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.

4) [+]Sambil membuat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula. Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitum. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.

5) [+]Siap! Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk membuatnya. Rajin dengan tidak sahaja.

selamat mencuba!!


6 Cara Mengatasi Bayi Demam Kuning. Buat Rawatan, Hilangkan Cepat!


http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/jaundice-demam-kuning-bawah-lampu-hospital.jpg
 Foto Kredit: id-mag.com

Demam kuning atau ‘jaundice’ adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi. Tidak kira pada bayi cukup bulan atau pramatang, jika ia berlaku, perkara paling penting ialah jangan panik. Pihak hospital akan memantu perkara ini dimana rawatan akan diberikan pada bayi dengan sebaiknya. Bayi pramatang amat tinggi kebarangkaliannya. Pastikan demam kuning bayi tidak berpanjangan.

Apakah rawatan dan ubat untuk penyakit demam kuning?

Untuk rawatan, doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis pada kadar yang lebih rendah. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi atau kekurangan air. Dalam kes terpencil, sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.

Apakah punca demam kuning?

Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Mudah untuk mengetahuinya, di mana bayi terbabit mempunyai akan mengeluarkan najis berwarna kuning dan air kencing jernih.


Sila ikuti petua dan tips di bawah untuk menghilangkan demam kuning.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/breastfeeding-susu-badan-bayi-demam-kuning.jpg
Susu ibu baik untuk bayi

1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/kurma-nabi-ajwa-bulan-ramadan-puasa.jpg
Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja

2. Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/susu-kambing-goats-milk.jpg
Cuba berikan susu kambing

3. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundice

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/berjemur-jaundice-demam-kuning-bayi-baby.jpg
Kenakan cahaya matahari

4. Elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/madu-honey-demam-kuning-bayi-baby-jaundice.jpg
Pastikan madu yang asli

5.  Beri hisapan madu dari jari ibu atau bapa bayi sendiri. Amalan ini tidak tertumpu kepada bayi yang menghidap jaundice sahaja.

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/berdoa-bertasbih-prayer-pada-Allah.jpg
Ingat Allah selalu dengan zikir

6. Buat urutan lembut di atas kening bayi iaitu dari pangkal mata ke dalam pangkal mata luar sambil berselawat atau bertasbih. Paling kurang 7 kali setiap kali. Ini dapat membantu mengelakkan kuning naik ke kepala. Bimbang akan diserang sawan.

Semoga bermanfaat!


5 Tabiat Yang Perlu Anda Jauhi Ketika Memandu Kereta Manual





Jika sebelum ini kami mengemukakan artikel tentang 5 tabiat buruk yang perlu dielakkan ketika memandu kereta automatik, kini  kami sekali lagi tampil dengan 5 tabiat buruk yang perlu dielakkan ketika memandu kereta manual pula.

Baca : 5 Tabiat Yang Perlu Dielakkan ketika memandu kereta Automatik

Dan seperti artikel sebelum ini, tips ini diberikan oleh Fenski dari chanel Youtube, EngineeringExplained.

Jika anda seorang pemandu kereta manual, anda akan tahu di kereta manual, semuanya tentang 'clutch' dan gear. Jadi ini 5 tabiat yang perlu anda elakkan untuk memastikan dua bahagian ini lebih terjaga.

1 - Jangan gunakan batang gear sebagai tempat 'merehatkan tangan'
Menggunakan batang gear sebagai tempat 'menyantaikan' tangan boleh menyebabkan satu komponen gear haus (lebih spesifik, trans-axle shift forks). Gambaran ringkasnya, jika anda meletakkan tangan di atas batang gear, anda sedang menekan satu komponen statik (gear forks) kearah satu komponen yang sedang berputar.




2 - Jangan letakkan kereta dalam keadaan 'bergear' ketika menunggu di lampu isyarat
Tabiat ini sangat-sangat perlu dielakkan. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan komponen clutch anda cepat haus (sebab selalu tekan) malah ia juga boleh membahayakan jika anda secara tidak sengaja terlepas kaki dari 'clutch'.




3 - Jangan gunakan 'clutch' dan pedal minyak  untuk mengimbangi kereta anda ketika menaiki bukit
Sesetengah kita suka melakukan tabiat ini. Mengimbangi kereta menggunakan clutch dan juga minyak. Namun Fenski berkata ia adalah tabiat yang buruk. Rasionalnya? Perbuatan itu akan merosakkan bahan geseran (ferodo) yang ada di 'clutch disk'. Dan ianya mahal untuk ditukar. Jadi lebih baik brek pad yang haus.



4 - Jangan 'heret' enjin ketika gear tinggi.
Kadang-kadang, kita tersilap masuk gear tinggi ketika RPM masih lagi belum optimun. Disebabkan rasa malas, kita tidak menukar kembali ke gear yang lebih rendah. Namun , perbuatan 'remeh' ini akan memendekkan jangka masa 'clutch' dan juga meningkatkan pengumpulan habuk di dalam enjin.


5 - Jangan letakkan kaki anda di atas 'clutch' ketika memandu
Apabila anda meletakkan kaki anda pada pedal 'clutch', berkemungkinan clutch anda itu tidak benar-benar terangkat dari sistem transmisi. Ini boleh menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi selain 'clutch' anda juga turut akan haus..



sumber


Keluar Deposit Haji, Bakal Jemaah Akan Hilang Giliran Tunaikan Haji Selama 70 Tahun





KUALA LUMPUR: Bagi mana-mana pendeposit Tabung Haji(TH) yang mengeluarkan wang deposit  daftar haji mereka bersama wang simpanan akan hilang giliran untuk menunaikan haji selama 70 tahun, lapor Berita harian.

Kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di dalam dewan rakyat semalam di mana menurut beliau pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini.

Mereka ini akan secara automatik terkeluar giliran menunaikan haji bila mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.

Deposit haji adalah sebanyak rm1,300 daripada wang simpanan untuk pendaftaran haji dan bakal jemaah akan diberikan tarikh peruntukan haji mengikut giliran.

Mereka juga terjejas akan ruang mendapat dividen dan bonus jika mengeluarkan semua wang simpanan mereka, katanya.

"Bila mereka keluarkan deposit, dia keluarkan dirinya daripada giliran menunaikan haji...bila mereka tarik diri dan kemudian daftar semula, dia terpaksa menunggu pula mungkin lebih daripada 70 tahun.

 "Ada 8.8 juta pendeposit yang hendak menunaikan haji dan menyimpan dengan TH kerana mereka lebih selesa akan dividen simpanan yang tinggi serta sistem yang mematuhi syariah," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).

Jamil juga dalam pada itu turut membangkitkan kesha yang diterima oleh TH berikutkan surat yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu yang diputar-belit sesetengah pihak.

"Penyebaran surat dari BNM itu melalui media telah menyebabkan TH dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis 'separuh masak' dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa."

"Situasi ini juga menyebabkan imej dan reputasi TH sebagai pengurus haji dan dana Islam yang cemerlang di Malaysia telah tercemar akibat daripada tuduhan-tuduhan tidak berasas ini."

"TH masih mempunyai aset-aset tidak dinilaisamakan melalui aset dalam anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat kerjasama dan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan aset-aset TH yang dinilaisamakan adalah positif dan melebihi liabiliti TH pada Disember 2015," katanya.

Beliau turut mendedahkan nilai portfolio aset boleh direalisasi TH pada 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM60 bilion, melebihi liabiliti dan dana pendeposit iaitu sebanyak RM59.3 bilion.

Katanya, kedudukan kewangan TH bagi tahun 2015 adalah kukuh walaupun mendapat teguran BNM dan tertinggi sejak ditubuhkan dan pembayaran bonus bagi tahun 2015 lebih tinggi daripada tahun-tahun antara 1994 hingga 1999.

"Purata pembayaran bonus antara tahun 1994 hingga 1999 adalah di bawah RM550 juta, manakala pembayaran bonus untuk 2015 berjumlah RM3.2 bilion," katanya lagi. 

Monday, 14 March 2016

Cuaca panas di Malaysia: 8 tip kekal 'sejuk'


Cuaca panas di Malaysia: 8 tip kekal 'sejuk'
Malaysia dijangka mengalami panas paling terik 20 Mac ini.

JABATAN Metereologi Malaysia meramalkan fenomena Ekuinoks yang membawa cuaca panas terik bakal melanda Malaysia 20 Mac ini.

Ini tentunya berita kurang baik buat rakyat Malaysia yang 'berperang' dengan cuaca panas dan kering semenjak beberapa minggu kebelakangan ini.


 
Beberapa tip yang dikongsi ini boleh membantu meredakan bahang kepanasan, selain dapat membantu kita kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas.

1. Perkara paling asas dalam menghadapi cuaca panas adalah memastikan air yang mencukupi di dalam badan. Minum air putih sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi.

Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.

2. Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk dan membantu meresap haba dan peluh. Elakkan memakai pakaian berlapis.

3. Untuk wanita, kurangkan solekan kerana ada sesetengah bahan dalam produk kosmetik kemungkinan menyekat aliran peluh, sekali gus membuatkan rasa panas di bahagian muka.

Malaysia berhadapan cuaca panas dan kering sejak beberapa minggu lalu
Malaysia berhadapan cuaca panas dan kering sejak beberapa minggu lalu.

4. Hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.

5. Pastikan pemakaian krim SPF yang bersesuaian dengan kulit jika perlu terlibat dengan aktiviti luar.
6. Sebaiknya mandi dengan air yang suam dan tidak terlalu sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba yang baru hilang.

7. Boleh juga cuba meletakkan atau melalukan air sejuk pada pergelangan tangan selama beberapa saat. Ini kerana satu saluran darah utama berada di sini, dan boleh memberikan rasa sejuk dengan pantas.

8. Makan kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Makan dalam kuantiti yang banyak, terutama yang tinggi kadar karbohidrat akan menaikkan kadar metabolisme dan ini akan membuatkan badan terasa panas.


Kalau Sayang Buah Pinggang, Jaganya Dengan 7 Cara ini


http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/02/dialysis-nurse.jpg
Foto Kredit: healthcareworkersalary.com

Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh pabila kita tidak menyedari kepentingannya.
Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.

Mengapa Perlu Menjaga Kesihatan Buah Pinggang?

Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan.
Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama.

Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang.

7 Cara Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

1. Minum Air Kosong Dengan Banyak

Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.

Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.

2. Kurangkan Makanan Tinggi Gula dan Garam

Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam.
Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Banyakkan Minum Jus Epal

Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.

Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.

4. Makan Buah Tembikai

Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang.
Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.

5. Masukkan Ikan Dalam Menu Harian

Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin.

Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

6. Elak Merokok

Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak.
Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.
Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.

7. Jalani Hidup Yang Aktif

Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.
Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!

Perlunya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang Sejak Awal


Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.Bayangkan, kalau terpaksa melalui proses dialisis tentu menyeksakan. Bukan itu saja, malah memakan belanja ribuan ringgit untuk ‘menapis’ kekotoran dalam darah gara-gara buah pinggang gagal berfungsi.

Maka, cegahlah sebelum parah!

sumber

7 Tips Rancang Percutian Bajet Bersama Keluarga


http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/01/bigstock-Happy-kids-traveling-by-airplane-1024.jpg
 Foto Kredit: gatheredagain.com

Yey, cuti sekolah datang lagi! Memang waktu yang ditunggu oleh anak-anak. Ada yang tak sabar balik kampung jumpa datuk, nenek dan sanak saudara, ada yang ternanti-nanti bercuti keluar negara dan mengunjungi tempat menarik dalam negeri.
Tambah seronok kalau ada famili besar. Masa inilah semua adik-beradik yang duduk jauh dapat berkumpul dan bercuti bersama.

Percutian Bajet Pun Masih Boleh ‘Enjoy’?

Bercakap tentang bercuti, biasanya banyak belanja perlu dikeluarkan.
Maklumlah, bukan selalu bercuti panjang. Apa lagi jika bercuti beramai-ramai di satu-satu tempat dalam jangka masa melebihi 3 hari.
Perlu fikir kos hotel, kos makan semua ahli dan kos transport. Jadi, macamana nak rancang percutian bajet?

7 Tips Rancang Percutian Bajet Bersama Keluarga

1. Packing makanan siap-siap

Sebelum memulakan perjalanan, digalakkan bawa makanan yang disediakan di rumah. Ia boleh dimakan semasa dalam kenderaan.
Jadi, setiap kali anda berhenti di mana-mana perhentian R&R ataupun stesen, anda juga boleh keluarkan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Lagi seronok bukan?

2. Kunjungi restoran yang sediakan promosi

Banyak restoran yang menyediakan set lunch yang lengkap dengan air. Jadi anda dapat jimat daripada membeli secara bufet.
Ada juga yang menawarkan promosi “kids eat free” apabila membeli set hidangan yang disediakan.

3. Tinggal di homestay

Bukan sahaja besar dan selesa, terasa seperti tinggal di rumah sendiri.
Malahan harga sewanya juga lebih murah berbanding hotel. Biasanya homestay turut menyediakan dapur lengkap dengan tong gas untuk memudahkan anda memasak hidangan.
Jadi, anda boleh menyediakan makanan sendiri sebelum keluar berjalan-jalan.

4. Rancang waktu

Perlu rancang trip anda agar tidak bertembung dengan waktu jammed di jalan raya. Sekurang-kurangnya anda dapat jimat penggunaan minyak.
Jika anda naik kereta api atau kapal terbang misalnya, rancang waktu tiba agar anda tidak sampai lewat dan perlu pula keluarkan duit extra untuk sampai ke destinasi.
Bila ada promosi, cepat-cepat tengok kalendar dan tempah tiket kapalterbang. Yang lain tu, ‘bisa diatur’…! Yalah, sebab selalunya tiket kapalterbang adalah kos yang paling mahal dan ia menjadi penghalang utama kita untuk travel.

5. Cari alternatif yang kurang popular

Jika anda menaiki kapal terbang, buat perbandingan antara harga sebelum menempah. Pilih waktu penerbangan yang kurang sibuk seperti waktu pagi misalnya.
Hotel-hotel ternama juga lazimnya lebih mahal daripada hotel baru atau homestay yang tidak kurang hebatnya! Jadi, buatlah sedikit research ya.

6. Guna kelebihan keahlian

Ada hotel dan syarikat penerbangan yang memberi points pada ahlinya.
Hanya dengan menebus points sedia ada kepada baucar hotel dan sebagainya, anda boleh gunakannya sewaktu rancang percutian bajet.

7. Cari aktiviti yang tidak perlu belanja banyak

Banyak hotel dan tempat peranginan menawarkan aktiviti menarik dan percuma untuk tetamu mereka terutamanya kanak-kanak.
Jadi, sebelum anda menempah, dapatkan info dahulu tentang aktiviti yang ditawarkan dan jika ada festival yang diraikan.
Lebih banyak aktiviti yang disediakan secara percuma, lebih banyak anda dapat berjimat.
Kalau tak, anda pun boleh buat aktiviti sendiri di pantai, kolam renang, taman, tasik, atau rumah opah. Contohnya berbasikal, lumba renang, tarik tali, atau memasak bersama seisi keluarga.

Dalam berjimat tu, kena beringat juga..

Walaupun merancang percutian bajet, cuba elak terlalu berjimat hingga anak-anak terasa tidak gembira bercuti bersama anda.
Inilah waktunya anda dapat bersama mereka kerana selepas itu, anak-anak akan makin membesar dan duduk berjauhan.

Yang pasti, kenangan dan memori bercuti bersama seperti ini sukar untuk berulang lagi.

sumber

Sunday, 13 March 2016

Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan. Ramai Belum Cuba #6!


http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/03/hilangkan-senggugut-3.jpg

RESEPI SAMBAL KETOK JAWA HAZIRAH





(*)Bahan-Bahannya adalah:-

[+]Bawang merah 5 ulas,
[+]Bawang putih 3 ulas,
[+]Bawang besar 1 biji (potongkan kasar)
[+]Cili padi 10 biji
[+]Belacan (sebesar ibu jari)
[+]Ikan bilis (segenggam)
[+]Gula (1 sudu makan)

(*)Cara-cara memasaknya adalah:-

1:-Mula2 Panaskan minyak, goreng kesemua bawang dan cili padi, biar sampai agak kekuningan, kemudian angkat dan toskan.
2:-Kemudian goreng pula belacan sehingga agak garing (jangan sampai hancur). Angkat dan toskan.
3:-Dan goreng juga ikan bilis sehingga jadi garing, angkat dan toskan juga.
4:-Tumbuk bawang, cili padi dan belacan sehingga jadi lumat. Kemudian masukkan gula dan tumbuk juga hingga lumat.
5:-Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuknya biar sampai ikan bilis itu hancur.

P/S Masakan ini sesuai dimakan dengan nasi yg suam-suam panas.
selamat mencube kawan2 :)

Lebih 20 kenderaan penonton bola sepak dirempuh kenderaan berat


MELAKA: Lebih 20 kenderaan milik penonton perlawanan bola sepak Liga Super antara PDRM dan JDT yang diparkir di tepi Lebuh Raya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), rosak teruk dilanggar kenderaan berat dan besar, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Assisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam ketika perlawanan separuh masa kedua baru sahaja bermula.

Lebih 20 kenderaan penonton bola sepak dirempuh kenderaan berat
Beginilah keadaan sebahagian daripada kereta yang rosak apabila dirempuh kenderaan berat yang melalui sebatang jalan di tempat kejadian. - Foto Astro AWANI

"Terdapat satu insiden di mana kenderaan yang diletakkan berhampiran Lebuh SPA dekat stadium dipercayai diseret kenderaan besar dan berat. Kita percayai terdapat 15 buah kenderaan yang digesel kenderaan tersebut.

"Pihak polis masih menunggu laporan pihak berkenaan membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Namun dipercayai, bilangan kenderaan yang terkesan ekoran kejadian itu bertambah apabila lebih ramai pemilik kenderaan membuat laporan polis.

Sebahagian daripada kereta milik penonton bola sepak sewaktu perlawanan antara JDT dengan PDRM dirempuh kenderaan berat di luar stadium. - Foto Astro AWANI
Sebahagian daripada kereta milik penonton bola sepak sewaktu perlawanan antara JDT dengan PDRM dirempuh kenderaan berat di luar stadium. - Foto Astro AWANI


Shaikh Abdul Adzis berkata, kenderaan yang diparkir secara berlapis dipercayai punca berlakunya kejadian berkenaan kerana ia menyebabkan laluan berkenaan menjadi sempit.

"Insiden ini berlaku pada malam perlawanan bola sepak antara kelab PDRM dan JDT di Stadium Hang Jebat. Penonton yang hadir diluar jangkaan iaitu melebihi 30,000 orang dan tindakan mereka yang meletakkan kenderaan di tepi jalan ini telah menyebabkan laluan menjadi sempit," katanya.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu, termasuk bagi mengenal pasti kenderaan berat yang melanggar kesemua kenderaan berkenaan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil untuk memberikan keterangan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, seorang mangsa Ahmad Razimin Mohd Taib, 22, berkata dia terkejut dengan kejadian menimpa kenderaannya sebaik sahaja selepas menyaksikan perlawanan berkenaan.

"Saya orang Melaka dari Ayer Keroh tapi datang nak sokong JDT. Masa nak balik tu, keluar dah macam ini. Terkejut juga," katanya.

Anti-Islam di AS: Lebih ramai wanita Islam belajar seni pertahan diri

Anti-Islam di AS: Lebih ramai wanita Islam belajar seni pertahan diri
Aktivis hak asasi manusia Rana Abdelhamid berkata wanita yang berhijab sering menjadi mangsa sentimen anti-Islam. -Gambar fail

SEORANG wanita Amerika Syarikat yang berasal dari Mesir mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel seni mempertahankan diri kepada wanita Islam di negara itu.

Aktivis hak asasi manusia Rana Abdelhamid yang merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam karate 'shotokan' berkata wanita yang berhijab sering menjadi mangsa sentimen anti-Islam. 

“Anda boleh diserang pada bila-bila masa. Anda boleh ditolak di trek subway (kereta api bawah tanah),” kata Abdelhamid kepada Reuters.

Kelas seni mempertahankan diri kian popular di AS dan golongan wanita diajar kemahiran asas seperti menumbuk.

Abdelhamid merupakan antara aktivis Islam yang berpengaruh di AS kerana pada usia 16 tahun, beliau diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang mencuba menanggalkan hijab beliau.

Lapor majalah Elle, insiden yang meninggalkan kesan yang mendalam dijadikan pembakar semangat untuk melancarkan Women’s Initiative for Self Empowerment (WISE) dalam usaha memperkasakan golongan wanita Islam.

Selain menganjurkan bengkel seni mempertahankan diri, WISE turut mengajar wanita muda tentang kepimpinan dan perniagaan.

Sentimen anti-Islam kian meningkat susulan kenyataan Calon Presiden Parti Republikan Amerika Syarikat, Donald Trump yang menggesa agar umat Islam dihalang masuk dari memasuki negara itu.

Jenazah empat beranak selamat dikebumi dalam satu liang lahad

Jenazah empat beranak selamat dikebumi dalam satu liang lahad
Ruhani Mohamad, 63, begitu sedih melihat jenazah anaknya Norulaini Abdul Gahni, 43, sebelum dikebumikan di satu liang lahad di tanah perkuburan masjid FELDA Jengka Enam, Ahad. - Gambar Bernama

MARAN: Jenazah empat beranak yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 6 di sini pukul 6.30 petang tadi.

Jenazah Norulaini Ab Ghani, 43, suaminya Raja Mohd Adnan Raja Hussain, 45, dan anak mereka Raja Nur A'iysah, 14, serta Raja Nur Anis Batrisya, 8, dikebumikan dalam satu liang lahad selepas disembahyangkan di Masjid Al-Wifaq di felda berkenaan.

Terdahulu, jenazah empat beranak itu tiba di masjid berkenaan pada pukul 5.15 petang dan disambut lebih 100 orang terdiri daripada anggota keluarga dan penduduk kampung.

Suasana pilu mula dirasai apabila ibu kepada Norulaini, Ruhani Mohammad, 63, mula menangis dan memanggil nama dua cucunya sebaik sahaja jenazah mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.

Turut berada di tanah perkuburan itu ialah ibu kepada Raja Mohd Adnan, Tuan Fatimah Tuan Salleh, 62, yang tinggal di Machang, Kelantan.

Dalam kemalangan 2.15 petang itu, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Perodua Alza yang dipandu Norulaini terbabas dan bertembung dengan van membawa barangan runcit.

Kemalangan itu mengakibatkan anak kedua pasangan itu, Raja Nur Alyaa Masturina, 13, yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Kalsum, Kuala Kangsar di Perak patah kaki dan dirawat di Hospital Lipis.
Turut cedera ialah pemandu van Toyota Hiace, Wendi Hasby, 26.

Kemalangan itu berlaku semasa keluarga malang itu dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung Norulaini dari Kuala Kangsar.


sumber

Sebab utama lewat berkahwin: Sebuah infografik

Membujang merupakan 'trend' yang kian popular di kalangan rakyat Malaysia masa kini, dengan lebih ramai yang memilih untuk menikmati zaman bujang sebelum melangkah ke jinjang pelamin.

Namun, adakah keadaan ini berlaku atas pilihan sendiri, atau terdapat faktor di sebaliknya yang sukar untuk dikawal?

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) menunjukkan 35.7 peratus wanita di negara ini lewat berkahwin disebabkan tiada calon yang sesuai.

Manakala 56 peratus lelaki pula mengakui berhadapan masalah kewangan yang mengakibatkan mereka lewat berkahwin.

Berikut adalah pecahannya mengikut peratus:

3 sebab utama lewat berkahwin

Berdengkur? Hati-Hati Gejala “OSA”

cara atasi berdengkur

Tidur, perkara yang paling disukai ramai terutama kalau dapat tidur selepas seharian menggunakan tenaga. Dengan tilam yang empuk dan tebal, bantal kekabu dan cukup dilengkapi dengan kipas angin kecil, cukup membuatkan mata kita senang tertutup.
Tapi, apa perasaan anda bila saja hendak pejamkan mata, kawan di sebelah berdengkur macam enjin turbo! Perkara ini mungkin ramai yang sudah alami, lebih-lebih lagi kaum isteri.
  • Krohh!Krohh!Krohh! Tiba-tiba anda terjaga dalam keadaan seolah-olah baru dapat bernafas. Isteri atau rakan di sebelah pun beritahu anda macam tercekik sahaja ketika tidur. Jika berlaku situasi sebegini kepada anda, ketahuilah anda mungkin penghidap OSA!

Apakah itu OSA?
OSA atau Obstrictive Sleep Apnea ialah gejala di mana saluran pernafasan anda menyempit dan tertekan ketika sedang tidur, sehingga pernafasan terhenti seketika dan menyebabkan penghidapnya tersedak dan terjaga dari tidur. Biasanya saluran
pernafasan kita rileks dan berada pada posisi sepatutnya, tetapi tidak bagi penghidap OSA.
download
Saluran pernafasan mereka ibarat “terjatuh”, iaitu lidah mereka menutup keseluruhan saluran pernafasan sehingga okisgen tidak dapat masuk dan dengan serta merta otak akan memberi isyarat untuk bangun bagi membolehkan mereka bernafas kembali.
Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda menghidap OSA ialah:
Jantina. OSA boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tetapi kajian menunjukkan 80% penghidap OSA adalah LELAKI!
Obesiti. Mungkin ada di antara kawan-kawan kita yang kelihatan seolah-olah tiada leher. Ini disebabkan oleh lemak berlebihan di leher dan boleh meningkatkan risiko terkena OSA. Begitu juga orang yang memiliki perut buncit.
Berumur 40 tahun dan ke atas. Gejala ini biasanya terkena kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas dan tidak sedikit juga orang muda yang menghidapinya. Jadi, jangan rasa selamat!
Memiliki leher yang besar. Cuba ukur leher anda. Jika ukurannya yang lebih besar dari 43cm, berkemungkinan besar anda senang terkena OSA.
images


Pengambilan ubat penenang. Contohnya bius, painkiller dan ubat tidur, juga panadol secara kerap.
Hidung tersumbat. Polip dan kelainan struktur hidung biasanya boleh menyebabkan hidung tersebut. Ini menyebabkan risiko menghidap OSA lebih tinggi.
Merokok. Umum kita semua sudah tahu bahaya rokok pada saluran pernafasan. Antaranya risiko menghidap OSA.
Pengambilan minuman keras. Kerap minum minuman keras juga boleh menyebabkan OSA, lebih-lebih lagi kerap diambil sebelum tidur.
Sekarang, jom kita sama-sama semak ciri-ciri orang yang menghidapi OSA, mana tahu ada pada kita:
1. Berdengkur dengan kuat ketika tidur.
2. Nafas terhenti seketika ketika tidur, menyebabkan anda terjaga dalam keadaan seolah-olah anda sedang tersedak. Anda perlu meminta bantuan rakan atau isteri yang tidur di sebelah anda untuk melihat ciri-ciri ini.
4. Kerap terjaga di tengah malam untuk membuang air kecil.
5. Susah untuk tidur di waktu malam.
Susah-Tidur-Lakukan-Hal-Ini!-2


6. Berpeluh secara berlebihan di waktu malam walaupun dalam cuaca dingin.
7. Cepat mengah.
8. Bangun pagi dalam keadaan sakit kepala
9. Kerap mengantuk pada waktu pagi
Kesan-kesan yang terjadi sekiranya gejal OSA ini dipandang remeh sahaja ialah:
1.  Dipresi 
Gejala OSA boleh menyebabkan penghidapnya mengalami gangguan tidur sehingga tidur tidak cukup. Oleh sebab itu, penghidap OSA akan cenderung marah-marah, murung, sentiasa mengelamun dan seterusnya membawa kepada dipresi.
2. Tekanan darah tinggi
Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Gejala OSA ini menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang sempurna. Cepat-cepatlah merawatnya ya!
3. Kardiovaskular
Orang yang mengalami OSA boleh membawa kepada terkena penyakit kardiovaskular, disebabkan gangguan pernafasan yang sering terjadi pada waktu malam sehingga badan kekurangan oksigen yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak, jantung dan organ-organ yang lain.
4. Stroke
70% penghidap stroke adalah dikalangan orang yang mengalami OSA. Jadi, berwaspadalah!

5. Penurunan kadar seksual

Berhati-hati wahai kaum lelaki! OSA boleh menyebabkan anda kurang tahap keghairahan dan menyebabkan ereksi tidak matang.

6. Gangguan konsentrasi dan memori
Orang yang mengalami OSA cenderung cepat lupa. Tahap tumpuan juga akan berkurang sehingga menyebabkan kualiti hidup mereka terjejas. Kajian menunjukkan peningkatan risiko 7 kali ganda mengalami kemalangan jalan raya bagi penghidap OSA.

1120106620X310

7. Kematian mendadak
Senangnya dia mati, dalam tidur ja.. Tahukah anda, mati dalam tidur itu berpunca daripada OSA. Cara mati memang senang, tetapi kalau si mati itu dapat bangun dan ceritakan apa mereka rasa, tentu ramai yang cepat-cepat berubat!
Ubahlah gaya hidup anda sekarang. Amalkan cara hidup sihat dan tidur dengan cara yang betul. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati!

Ads Inside Post