Monday, 14 March 2016

Cuaca panas di Malaysia: 8 tip kekal 'sejuk'


Cuaca panas di Malaysia: 8 tip kekal 'sejuk'
Malaysia dijangka mengalami panas paling terik 20 Mac ini.

JABATAN Metereologi Malaysia meramalkan fenomena Ekuinoks yang membawa cuaca panas terik bakal melanda Malaysia 20 Mac ini.

Ini tentunya berita kurang baik buat rakyat Malaysia yang 'berperang' dengan cuaca panas dan kering semenjak beberapa minggu kebelakangan ini.


 
Beberapa tip yang dikongsi ini boleh membantu meredakan bahang kepanasan, selain dapat membantu kita kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas.

1. Perkara paling asas dalam menghadapi cuaca panas adalah memastikan air yang mencukupi di dalam badan. Minum air putih sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi.

Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.

2. Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk dan membantu meresap haba dan peluh. Elakkan memakai pakaian berlapis.

3. Untuk wanita, kurangkan solekan kerana ada sesetengah bahan dalam produk kosmetik kemungkinan menyekat aliran peluh, sekali gus membuatkan rasa panas di bahagian muka.

Malaysia berhadapan cuaca panas dan kering sejak beberapa minggu lalu
Malaysia berhadapan cuaca panas dan kering sejak beberapa minggu lalu.

4. Hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.

5. Pastikan pemakaian krim SPF yang bersesuaian dengan kulit jika perlu terlibat dengan aktiviti luar.
6. Sebaiknya mandi dengan air yang suam dan tidak terlalu sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba yang baru hilang.

7. Boleh juga cuba meletakkan atau melalukan air sejuk pada pergelangan tangan selama beberapa saat. Ini kerana satu saluran darah utama berada di sini, dan boleh memberikan rasa sejuk dengan pantas.

8. Makan kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Makan dalam kuantiti yang banyak, terutama yang tinggi kadar karbohidrat akan menaikkan kadar metabolisme dan ini akan membuatkan badan terasa panas.


Kalau Sayang Buah Pinggang, Jaganya Dengan 7 Cara ini


http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/02/dialysis-nurse.jpg
Foto Kredit: healthcareworkersalary.com

Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh pabila kita tidak menyedari kepentingannya.
Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.

Mengapa Perlu Menjaga Kesihatan Buah Pinggang?

Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan.
Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama.

Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang.

7 Cara Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

1. Minum Air Kosong Dengan Banyak

Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.

Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.

2. Kurangkan Makanan Tinggi Gula dan Garam

Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam.
Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Banyakkan Minum Jus Epal

Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.

Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.

4. Makan Buah Tembikai

Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang.
Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.

5. Masukkan Ikan Dalam Menu Harian

Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin.

Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

6. Elak Merokok

Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak.
Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.
Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.

7. Jalani Hidup Yang Aktif

Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.
Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!

Perlunya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang Sejak Awal


Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.Bayangkan, kalau terpaksa melalui proses dialisis tentu menyeksakan. Bukan itu saja, malah memakan belanja ribuan ringgit untuk ‘menapis’ kekotoran dalam darah gara-gara buah pinggang gagal berfungsi.

Maka, cegahlah sebelum parah!

sumber

7 Tips Rancang Percutian Bajet Bersama Keluarga


http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/01/bigstock-Happy-kids-traveling-by-airplane-1024.jpg
 Foto Kredit: gatheredagain.com

Yey, cuti sekolah datang lagi! Memang waktu yang ditunggu oleh anak-anak. Ada yang tak sabar balik kampung jumpa datuk, nenek dan sanak saudara, ada yang ternanti-nanti bercuti keluar negara dan mengunjungi tempat menarik dalam negeri.
Tambah seronok kalau ada famili besar. Masa inilah semua adik-beradik yang duduk jauh dapat berkumpul dan bercuti bersama.

Percutian Bajet Pun Masih Boleh ‘Enjoy’?

Bercakap tentang bercuti, biasanya banyak belanja perlu dikeluarkan.
Maklumlah, bukan selalu bercuti panjang. Apa lagi jika bercuti beramai-ramai di satu-satu tempat dalam jangka masa melebihi 3 hari.
Perlu fikir kos hotel, kos makan semua ahli dan kos transport. Jadi, macamana nak rancang percutian bajet?

7 Tips Rancang Percutian Bajet Bersama Keluarga

1. Packing makanan siap-siap

Sebelum memulakan perjalanan, digalakkan bawa makanan yang disediakan di rumah. Ia boleh dimakan semasa dalam kenderaan.
Jadi, setiap kali anda berhenti di mana-mana perhentian R&R ataupun stesen, anda juga boleh keluarkan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Lagi seronok bukan?

2. Kunjungi restoran yang sediakan promosi

Banyak restoran yang menyediakan set lunch yang lengkap dengan air. Jadi anda dapat jimat daripada membeli secara bufet.
Ada juga yang menawarkan promosi “kids eat free” apabila membeli set hidangan yang disediakan.

3. Tinggal di homestay

Bukan sahaja besar dan selesa, terasa seperti tinggal di rumah sendiri.
Malahan harga sewanya juga lebih murah berbanding hotel. Biasanya homestay turut menyediakan dapur lengkap dengan tong gas untuk memudahkan anda memasak hidangan.
Jadi, anda boleh menyediakan makanan sendiri sebelum keluar berjalan-jalan.

4. Rancang waktu

Perlu rancang trip anda agar tidak bertembung dengan waktu jammed di jalan raya. Sekurang-kurangnya anda dapat jimat penggunaan minyak.
Jika anda naik kereta api atau kapal terbang misalnya, rancang waktu tiba agar anda tidak sampai lewat dan perlu pula keluarkan duit extra untuk sampai ke destinasi.
Bila ada promosi, cepat-cepat tengok kalendar dan tempah tiket kapalterbang. Yang lain tu, ‘bisa diatur’…! Yalah, sebab selalunya tiket kapalterbang adalah kos yang paling mahal dan ia menjadi penghalang utama kita untuk travel.

5. Cari alternatif yang kurang popular

Jika anda menaiki kapal terbang, buat perbandingan antara harga sebelum menempah. Pilih waktu penerbangan yang kurang sibuk seperti waktu pagi misalnya.
Hotel-hotel ternama juga lazimnya lebih mahal daripada hotel baru atau homestay yang tidak kurang hebatnya! Jadi, buatlah sedikit research ya.

6. Guna kelebihan keahlian

Ada hotel dan syarikat penerbangan yang memberi points pada ahlinya.
Hanya dengan menebus points sedia ada kepada baucar hotel dan sebagainya, anda boleh gunakannya sewaktu rancang percutian bajet.

7. Cari aktiviti yang tidak perlu belanja banyak

Banyak hotel dan tempat peranginan menawarkan aktiviti menarik dan percuma untuk tetamu mereka terutamanya kanak-kanak.
Jadi, sebelum anda menempah, dapatkan info dahulu tentang aktiviti yang ditawarkan dan jika ada festival yang diraikan.
Lebih banyak aktiviti yang disediakan secara percuma, lebih banyak anda dapat berjimat.
Kalau tak, anda pun boleh buat aktiviti sendiri di pantai, kolam renang, taman, tasik, atau rumah opah. Contohnya berbasikal, lumba renang, tarik tali, atau memasak bersama seisi keluarga.

Dalam berjimat tu, kena beringat juga..

Walaupun merancang percutian bajet, cuba elak terlalu berjimat hingga anak-anak terasa tidak gembira bercuti bersama anda.
Inilah waktunya anda dapat bersama mereka kerana selepas itu, anak-anak akan makin membesar dan duduk berjauhan.

Yang pasti, kenangan dan memori bercuti bersama seperti ini sukar untuk berulang lagi.

sumber

Sunday, 13 March 2016

Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan. Ramai Belum Cuba #6!


http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/03/hilangkan-senggugut-3.jpg

RESEPI SAMBAL KETOK JAWA HAZIRAH





(*)Bahan-Bahannya adalah:-

[+]Bawang merah 5 ulas,
[+]Bawang putih 3 ulas,
[+]Bawang besar 1 biji (potongkan kasar)
[+]Cili padi 10 biji
[+]Belacan (sebesar ibu jari)
[+]Ikan bilis (segenggam)
[+]Gula (1 sudu makan)

(*)Cara-cara memasaknya adalah:-

1:-Mula2 Panaskan minyak, goreng kesemua bawang dan cili padi, biar sampai agak kekuningan, kemudian angkat dan toskan.
2:-Kemudian goreng pula belacan sehingga agak garing (jangan sampai hancur). Angkat dan toskan.
3:-Dan goreng juga ikan bilis sehingga jadi garing, angkat dan toskan juga.
4:-Tumbuk bawang, cili padi dan belacan sehingga jadi lumat. Kemudian masukkan gula dan tumbuk juga hingga lumat.
5:-Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuknya biar sampai ikan bilis itu hancur.

P/S Masakan ini sesuai dimakan dengan nasi yg suam-suam panas.
selamat mencube kawan2 :)

Lebih 20 kenderaan penonton bola sepak dirempuh kenderaan berat


MELAKA: Lebih 20 kenderaan milik penonton perlawanan bola sepak Liga Super antara PDRM dan JDT yang diparkir di tepi Lebuh Raya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), rosak teruk dilanggar kenderaan berat dan besar, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Assisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam ketika perlawanan separuh masa kedua baru sahaja bermula.

Lebih 20 kenderaan penonton bola sepak dirempuh kenderaan berat
Beginilah keadaan sebahagian daripada kereta yang rosak apabila dirempuh kenderaan berat yang melalui sebatang jalan di tempat kejadian. - Foto Astro AWANI

"Terdapat satu insiden di mana kenderaan yang diletakkan berhampiran Lebuh SPA dekat stadium dipercayai diseret kenderaan besar dan berat. Kita percayai terdapat 15 buah kenderaan yang digesel kenderaan tersebut.

"Pihak polis masih menunggu laporan pihak berkenaan membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Namun dipercayai, bilangan kenderaan yang terkesan ekoran kejadian itu bertambah apabila lebih ramai pemilik kenderaan membuat laporan polis.

Sebahagian daripada kereta milik penonton bola sepak sewaktu perlawanan antara JDT dengan PDRM dirempuh kenderaan berat di luar stadium. - Foto Astro AWANI
Sebahagian daripada kereta milik penonton bola sepak sewaktu perlawanan antara JDT dengan PDRM dirempuh kenderaan berat di luar stadium. - Foto Astro AWANI


Shaikh Abdul Adzis berkata, kenderaan yang diparkir secara berlapis dipercayai punca berlakunya kejadian berkenaan kerana ia menyebabkan laluan berkenaan menjadi sempit.

"Insiden ini berlaku pada malam perlawanan bola sepak antara kelab PDRM dan JDT di Stadium Hang Jebat. Penonton yang hadir diluar jangkaan iaitu melebihi 30,000 orang dan tindakan mereka yang meletakkan kenderaan di tepi jalan ini telah menyebabkan laluan menjadi sempit," katanya.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu, termasuk bagi mengenal pasti kenderaan berat yang melanggar kesemua kenderaan berkenaan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil untuk memberikan keterangan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, seorang mangsa Ahmad Razimin Mohd Taib, 22, berkata dia terkejut dengan kejadian menimpa kenderaannya sebaik sahaja selepas menyaksikan perlawanan berkenaan.

"Saya orang Melaka dari Ayer Keroh tapi datang nak sokong JDT. Masa nak balik tu, keluar dah macam ini. Terkejut juga," katanya.

Anti-Islam di AS: Lebih ramai wanita Islam belajar seni pertahan diri

Anti-Islam di AS: Lebih ramai wanita Islam belajar seni pertahan diri
Aktivis hak asasi manusia Rana Abdelhamid berkata wanita yang berhijab sering menjadi mangsa sentimen anti-Islam. -Gambar fail

SEORANG wanita Amerika Syarikat yang berasal dari Mesir mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel seni mempertahankan diri kepada wanita Islam di negara itu.

Aktivis hak asasi manusia Rana Abdelhamid yang merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam karate 'shotokan' berkata wanita yang berhijab sering menjadi mangsa sentimen anti-Islam. 

“Anda boleh diserang pada bila-bila masa. Anda boleh ditolak di trek subway (kereta api bawah tanah),” kata Abdelhamid kepada Reuters.

Kelas seni mempertahankan diri kian popular di AS dan golongan wanita diajar kemahiran asas seperti menumbuk.

Abdelhamid merupakan antara aktivis Islam yang berpengaruh di AS kerana pada usia 16 tahun, beliau diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang mencuba menanggalkan hijab beliau.

Lapor majalah Elle, insiden yang meninggalkan kesan yang mendalam dijadikan pembakar semangat untuk melancarkan Women’s Initiative for Self Empowerment (WISE) dalam usaha memperkasakan golongan wanita Islam.

Selain menganjurkan bengkel seni mempertahankan diri, WISE turut mengajar wanita muda tentang kepimpinan dan perniagaan.

Sentimen anti-Islam kian meningkat susulan kenyataan Calon Presiden Parti Republikan Amerika Syarikat, Donald Trump yang menggesa agar umat Islam dihalang masuk dari memasuki negara itu.

Ads Inside Post